aDs

aluan

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Belasah suami


AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. 

Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.

Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.

Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.

“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.

Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya. “Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.

“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.

Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan. “Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.

“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.

“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.

Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan. “Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - myMetro

1 comment:

  1. iman tiada begini lah jadinya kerana xsanggup menghadapi dugaan dan tekanan hidup.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat