aDs

aluan

Followers

Tuesday, March 1, 2011

Video hina Islam disiasat


BUTTERWORTH 28 Feb. – Polis sedang menyiasat isi kandungan sebuah klip video lagu yang dimuat turun dalam laman YouTube selepas didakwa menggunakan lirik memaki dan menghina orang Melayu dan Islam.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya ada menerima beberapa maklumat awal mengenai penerbitan lagu berkenaan berdasarkan satu laporan polis mengenai kewujudan klip video tersebut semalam.

“Berdasarkan laporan itu, kita mendapat beberapa maklumat awal termasuk sumber laman web lagu dimuat naik tetapi kita belum buat sebarang justifikasi.

“Pada masa ini, kita akan meneliti terlebih dahulu sumbernya (klip video itu) dan lihat sama ada ia mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang semalam membuat laporan polis berhubung klip video bertajuk Interlok Song for UMNO and Malay Government kerana didakwa menghina dan mempersendakan agama Islam yang dimuat naik dalam laman YouTube.

Selain menggunakan kata-kata kesat dan lucah, klip video selama lima minit 18 saat itu turut memaparkan lagu khusus untuk novel Interlok dan UMNO selain memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Perkasa turut meminta polis menyiasat penglibatan pertubuhan Hindraf yang dipercayai menjadi dalang di sebalik penerbitan dan penyebaran klip video berkenaan.

Setiausaha Perkasa negeri, Saedin Kadir yang ditemui selepas membuat laporan itu semalam memberitahu, penerbitan klip video lagu berkenaan jelas bersifat rasis kerana menghina serta memaki orang Melayu dan Islam semata-mata tidak berpuas hati dengan novel Interlok.

Ayub bagaimanapun menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan membiarkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung klip video berkenaan yang dikaitkan dengan desakan pengharaman novel Interlok.

“Isu novel Interlok ini tidak patut ditimbulkan lagi kerana sudah ada jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelesaikannya, jadi kita harap semua pihak tidak sengaja mengeruhkan keadaan,” ujarnya. - Utusan

2 comments:

  1. kenapa la nak cari pasal ngan org melayu... sedarlah asal usul kamu sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. manusia mudah lupa, tambah pula bangsa ni....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat