aDs

aluan

Followers

Thursday, March 31, 2011

NGO Cina Pula Bantah Interlok


KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.
Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.
"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean, lapor Malaysiakini.
Pada sidang media di sini, Rabu, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).
Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen "pembasuhan minda" dan mempromosikan perkauman serta perpecahan.
"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.
"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.
"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya.
Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.
Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.
Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.
"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.
Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".
"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya. - mStarOnline

Anak temui ajal depan rumah


KLANG: “Saya sedang tutup pintu pagar rumah sambil kendong anak kedua. Tiba-tiba terdengar bunyi ‘bum’ dan bila toleh, anak pertama saya terbaring di atas jalan,” kata Che Wan Nor Al Fatihah Che Wan Othman, 26, ibu kepada Muaz Hakimi Mohd Faisal, 4, yang maut di depan rumahnya akibat dilanggar kereta jiran, semalam.

Kejadian berlaku di Lorong Klang Perdana 2C, Taman Klang Perdana, Sementa, Kapar kira-kira jam 5.30 petang kelmarin dan kanak-kanak itu maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. 

Ketika kejadian, mangsa seronok menunggang basikal dilanggar Toyota Innova milik jirannya dipercayai dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian. 

Che Wan Nor Al Fatihah berkata, selepas melihat Muaz Hakimi terbujur kaku dan berlumuran darah, dia berlari mendapatkan mangsa biarpun masih menggendong anak keduanya, Muhammad Faiz yang berusia setahun enam bulan.

“Saya hanya mampu meraung sekuat hati selepas melihat dia tidak bernyawa. Baru beberapa saat sebelum itu dia berada di depan saya, tapi dalam sekelip mata dia meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya.

Che Wan Nor Al Fatihah dan suami, Mohd Faisal Mohd Affandi, 32, baru tiga bulan tinggal di rumah yang baru dibeli mereka itu. 

Sebelum ini pasangan berkenaan menyewa di Teluk Gong, Pandamaran. Difahamkan, sebelum kejadian, Che Wan Nor Al Fatihah bersama dua anaknya itu keluar bertemu jiran yang berkumpul di simpang jalan sambil mengambil angin petang di kawasan perumahan berkenaan. 

Che Wan Nor Al Fatihah berkata, malam sebelum kejadian anaknya menunjukkan perubahan sikap dan beberapa kali terjaga daripada tidur pada awal pagi dan menangis. 

“Dia macam takut-takut dan selepas saya tenangkannya dia kembali tidur. Tak sangka itu petanda dia meninggalkan kami sekeluarga,” katanya. 

Sementara itu, Mohd Faisal yang bekerja sebagai pemandu lori di Pelabuhan Klang berkata, sejurus dihubungi jiran, dia bergegas pulang ke rumah. 

“Saya syak anak saya kemalangan selepas melihat orang ramai mengelilingi berhampiran rumah saya. 

“Selepas melihat keadaan anak saya, fikiran saya kosong dan tak mampu berkata apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya,” katanya.

Menurutnya, kira-kira jam dua jam sebelum kejadian, anak sulungnya itu mencium dan melambai tangan ketika dia mahu keluar rumah untuk ke tempat kerja. 

“Pagi sebelum kejadian, saya, arwah dan anak kedua ke kolam memancing tidak jauh dari sini dan dia begitu seronok sekali melihat ikan sambil sesekali mengusik adiknya. 

“Tapi semua itu hanya tinggal kenangan dan saya perlu tabah dan terima hakikat dia pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya,” katanya pilu. 

Mohd Faisal berkata, dua tiga hari lalu, anaknya turut menunjukkan perubahan sikap. “Bila dengar azan, dia ikut melaungkan azan,” katanya. 

Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Kampung Sementa, selepas solat Zuhur, semalam. 

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan mendapati mangsa dilanggar dan diseret kira-kira 20 meter dari tempat kejadian. 

“Laporan bedah siasat mendapati mangsa parah di kepala yang membawa kepada kematiannya,” katanya. - myMetro

Wednesday, March 30, 2011

Saintis rancang gali pusat Bumi


GAMBARAJAH lapisan bumi.

LONDON - Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298° Celsius.
Projek itu bakal dilaksanakan pada tahun 2018 dan diketuai oleh pakar Pusat Oseanografi Southampton, Dr. Damon Teagle serta Dr. Benoit Ildefonse dari Universiti Montpellier, England.
Terdapat beberapa cubaan untuk menggali mantel Bumi pada tahun 1960-an tetapi gagal kerana masalah organisasi dan kos. - Agensi

Korban cinta tidak berbalas


MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu. 

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran. 
DI SINI...rumah sewa tempat mangsa dibunuh, semalam.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.

“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.

"Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya. 

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya. 

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran. Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya. 

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah. - myMetro

Tuesday, March 29, 2011

Mati ditikam ayah mabuk


SERDANG: Angkara menegur bapa yang dipercayai mabuk dan berbogel di depan rumah, seorang pekerja kilang berusia 20-an maut selepas ditikam orang tuanya itu dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Sungai Emas, Banting, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Razak Kumar meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah ditikam di dada.

Difahamkan, bapa mangsa berusia lewat 40-an baru pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum bertindak menanggalkan pakaiannya menyebabkan mangsa menegur perbuatan bapanya itu.

Namun, padah menimpa apabila bapanya itu menikam Razak menggunakan pisau.

Setakat ini, polis masih belum dapat mengesahkan dari mana suspek mendapat pisau berkenaan, malah senjata itu juga tidak ditemui di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, bapa mangsa naik berang sebaik ditegur lalu bertindak menikam dada anaknya itu dengan pisau.

“Akibat tikaman itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Suspek yang menyedari kejadian itu bertindak melarikan diri. Kejadian itu hanya dimaklumkan orang awam kepada polis kira-kira jam 9 malam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.

Menurutnya, Mohd Adnan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Beliau berkata, suspek yang melarikan diri ditangkap kira-kira jam 11 pagi semalam di sebuah stesen minyak di Teluk Panglima Garang, kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya. Beliau berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam. - myMetro

Monday, March 28, 2011

The Greatest Rock Album, Kompilasi Rock Terhebat


MASIH ingat lagi zaman kegemilangan kumpulan Scorpions dengan lagu Wind of Changedan Deep Purple yang popular dengan lagu Soldier of Fortune, manakala Whitesnakes pula dengan Is This Love?
Bagi para peminat muzik Rock, The Greatest Rock Album pasti membuatkan mereka tersenyum kerana ia menggabungkan kompilasi lagu-lagu rock popular sekitar tahun 80an dan 90an.
Lebih menarik lagi, lagu-lagu yang dimuatkan hampir kesemuanya pernah popular dan semestinya ia ibarat sebuah koleksi khas yang memudahkan para pendengar untuk mendengar semula lagu-lagu popular tersebut.
Tambah pula, album ini sudah semestinya mengimbas kembali kenangan zaman kegemilangan rock yang pada ketika itu hampir semua orang menjadi ‘kaki rock’ kerana muzik tersebut.
Antara penyanyi-penyanyi yang berada dalam album ini ialah Bad Company, Deep Purple, Dio, Free, Iron Maiden, Kiss, Lynyrd Skynyrd, Megadeth, Motorhead, Rainbow, Scorpions, Thin Lizzy, Twistted Sister, Whitesnake dan ramai lagi.
The Greatest Rock Album mengandungi sebanyak enam keping cakera padat (CD) dengan memuatkan sebanyak 92 trek lagu yang pastinya memberi kepuasan kepada penggemar muzik rock.
Ia juga bukan sahaja menampilkan heavy rock semata-mata, album ini turut memuatkan lagu-lagu berunsur slow rock ballads.
Pada pendapat OopStarz! keenam-enam CD ini menampilkan pelbagai variasi muzik rock yang memberikan sedikit kelainan berbanding album-album kompilasi rock lain.
Dalam pada itu, pilihan OopStarz! semestinya pada disk dua kerana menampilkan lagu-lagu seperti 2 Minutes To Midnight (Iron Maiden), Smoke On The Water (Deep Purple),Higher Ground (Red Hot Chili peppers) dan Mony Mony (Billy Idol).
Manakala pilihan seterusnya ialah pada disk enam yang menampilkan lagu-lagu seprti Are You Gonna Go My Way (Lenny Kravits), Creep (Radiohead) dan You Oughta Know (Alanis Morissete).
The Greatest Rock Album kini boleh didapati di semua kedai muzik berhampiran dengan harga RM60.90.
ALBUM: The Greatest Rock AlbumARTIS: Variasi artisEDARAN: Warner Music Malaysia
Sumber:mStarOnline

Maut dihentam penutup tong


IPOH: Malang menimpa seorang pekerja kilang apabila dia maut selepas muka dan kepalanya dihentam penutup tong diperbuat daripada besi sebaik cuba memotong tong berkenaan untuk dijadikan tempat pembuangan sampah di sebuah kilang, petang kelmarin.

Difahamkan, mangsa cuba memotong tong berkenaan dengan alat memotong khas sebelum berlaku satu letupan kecil menyebabkan penutup tong itu tercabut dan menghentam muka dan kepala.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang di Kawasan Perindustrian Bukit Merah itu, Rozaidi Rackapli, 24, berasal dari Kampung Matang, Taiping, maut kira-kira sejam selepas kejadian itu ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, ketika kejadian, mangsa memotong tong besi tanpa muatan menggunakan sejenis alat dikenali ‘Oxy-Acetelen’. Beliau berkata, perbuatan itu dipercayai menghasilkan tekanan kuat sehingga berlaku letupan kecil menyebabkan penutup tong terpelanting dan menghentam muka mangsa serta tercampak tiga meter sebelum tidak sedarkan diri. - myMetro

Sunday, March 27, 2011

Samseng tipu ‘sawan’


KUALA TERENGGANU: Lakonan seorang samseng jalanan terkena penyakit ‘sawan’ secara tiba-tiba ketika cuba meloloskan diri dalam sekatan jalan raya tidak berjaya apabila dia didapati positif dadah sebelum ditahan di sini, semalam.

Ketika ditahan, polis turut menjumpai 50 biji pil kemerahan dipercayai pil kuda di dalam satu plastik lut sinar yang tersorok di kepala tali pinggang yang diletakkan dalam satu pemetik api Zippo.

Remaja berumur 21 tahun berasal dari Kampung Tanjong, Kuala Terengganu itu ditahan jam 6.30 petang semalam oleh anggota trafik daerah Kuala Terengganu yang sedang melakukan satu sekatan jalan raya di Simpang Tiga Pusara dalam Ops Samseng Jalanan.

Sebelum itu, remaja terbabit yang menaiki motosikal jenis Honda Ex5 dipercayai datang dari arah Jalan Kamaruddin menuju ke Pantai Batu Buruk bertindak nekad apabila cuba memecut laju motosikalnya bagi mengelak ditahan.

Panik dengan kelibat anggota polis yang sedang membuat pemeriksaan di bahu jalan, motosikal remaja itu kemudiannya bertembung dengan kereta jenis Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan selepas dia cuba membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabkannya jatuh.

Bagi mengelak ditahan, remaja itu memulakan lakonannya selepas merebahkan badan ke atas jalan dan menggelupur seolah-olah terkena ‘sawan’ sehingga menyukarkan anggota polis untuk menahannya.

Disebabkan keadaan itu, anggota polis terpaksa memanggil ambulan bagi memeriksa remaja berkenaan sebelum didapati normal dan dia kemudiannya dibawa balik ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat , berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas remaja terbabit mendapati dia positif dadah jenis Methamphitamine (pil kuda).

Beliau berkata, remaja itu mengaku menjadi keldai dadah sejak setahun lalu dan mengakui bekalan yang dijumpai bersamanya itu diedarkan kepada samseng-samseng jalanan di sekitar Kuala Terengganu.

Katanya, remaja itu turut mengakui tidak lagi bekerja sejak menjalankan urus niaga berkenaan dan segala perbelanjaan termasuk makan minum dan pakaian adalah hasil penjualan pil itu.

“Dia juga memberitahu bekalan yang dibawanya itu diedarkan kepada tokan kecil-kecilan dan hanya bekerja sebagai penjual dadah bagi menampung perbelanjaan harian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Remaja terbabit kini ditahan reman di lokap IPD Kuala Terengganu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan juga Seksyen 15(1) ADB 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh.

Mengulas mengenai operasi selama tiga jam bermula jam 5 petang semalam, Che Khazahari berkata, operasi yang diketuainya bersama 15 pegawai dan anggota trafik IPD Kuala Terengganu itu berjaya mengeluarkan sebanyak 38 saman membabitkan 40 kesalahan.

Katanya, tiga motosikal dan sebuah kereta turut disita kerana penunggang dan pemandunya tidak mempunyai lesen selain mengubahsuai kenderaan. - myMetro

Bergaduh kerana filem


GEORGETOWN: Hanya kerana filem Bollywood, seorang lelaki cedera di tangan kanan selepas menepis bekas berisi minyak panas yang disiram majikannya dalam kejadian di sebuah restoran di Jelutong, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, berlaku pertengkaran antara majikan dan mangsa warganegara India mengenai filem Bollywood popular sebelum majikannya hilang kawalan lalu mengambil bekas berisi minyak panas dan mencampakkannya kepada mangsa.

Menurut sumber, mangsa yang cedera kerana terkena minyak panas itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani pada hari sama.

"Susulan itu, polis menahan wanita terbabit di rumahnya di Jelutong dan dia direman dua hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. - myMetro

Saturday, March 26, 2011

Cegah sikap lawan sunnah nabi



KUALA LUMPUR: “Nabi ada berpesan barang siapa tidak mengikut sunnahku, dia bukan daripada golonganku. Harus diingat perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w dan setiap umat Islam harus berkahwin,” kata penceramah bebas, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang wanita yang nekad tidak mahu berkahwin kerana mahu menjaga 12 ekor kucing kesayangannya.

Harian Metro dalam laporan muka depannya semalam melaporkan seorang wanita dikenali sebagai Camelia, 24, mendakwa dia lebih cintakan kucing berbanding lelaki menyebabkannya tidak mahu berumahtangga.

Fadzilah berkata, syarak tidak membenarkan seseorang individu tidak berkahwin melainkan mereka itu boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain jika berkahwin dengan mempunyai penyakit berbahaya seperti Aids dan HIV.

“Seseorang itu wajar berkahwin kerana ia sunnah dituntut syarak. Sedangkan Rasulullah s.a.w juga sayangkan kucing turut berkahwin dengan Siti Khadijah, inikah pula kita sebagai umatnya.

“Dikhuatiri mereka yang tidak mahu berkahwin hanya kerana ingin menjaga kucing akan mendatangkan kemurkaan Allah,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit perlu mendapatkan nasihat pakar motivasi atau ustazah bagi mengubah tanggapannya terhadap lelaki.

“Kemungkinan juga wanita ini mempunyai sejarah lampau menyebabkannya mengeluarkan dakwaan tidak mahu berkahwin sebagai ‘pemanis mulut’ bagi mengubati luka lamanya.

“Dan tidak mustahil juga wanita ini pernah dikecewakan, mengalami trauma dan fobia menyebabkannya mengambil jalan singkat dengan menyatakan tidak mahu berkahwin,” katanya. Tegasnya, perkahwinan adalah sesuatu yang wajar ditempuhi bagi semua umat Islam. - myMetro


Friday, March 25, 2011

Kopi campur gelatin babi


JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan. 

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya. Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin. 

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ. 

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi. Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan. Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera. 

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera. 

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya. 

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan. “Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. - myMetro

Wednesday, March 23, 2011

Belasah suami


AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. 

Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.

Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.

Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.

“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.

Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya. “Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.

“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.

Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan. “Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.

“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.

“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.

Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan. “Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.

Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - myMetro

Monday, March 21, 2011

Anak terbujur tepi tiang lampu


KUALA LUMPUR: “Luluh hati saya sebaik melihat anak sulong terbujur kaku di tanah. Malah, hampir pitam apabila mendapati dia tidak bernyawa,” kata Mohd Marzuki Muda, 44, bapa Muhammad Naqiuddin, 11, yang maut selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain bola di kawasan permainan di Taman Perumahan Batu 3, Shah Alam, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa terkena arus elektrik voltan tinggi pada sebatang tiang lampu yang dipercayai mengalami masalah teknikal sejak beberapa bulan lalu di kawasan padang permainan berkenaan.

Malah, sebulan lalu seorang kanak-kanak dilaporkan terkena renjatan elektrik ketika terpegang tiang itu, namun tidak mengalami kemalangan jiwa. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, Marzuki berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakan-rakan anaknya sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menceritakan kejadian itu, Marzuki berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia mengambil kayu untuk menjauhkan anaknya dari kawasan tiang lampu itu sebelum mendapati wajah Naqiuddin seperti terbakar. “Selepas yakin tiada arus elektrik pada tubuhnya, saya mengusap dahi Naqiuddin sebelum mendapati seluruh tubuhnya panas. 

“Biarpun pemeriksaan saya mendapati Naqiuddin tidak bernyawa, saya tidak putus-putus mendoakan keselamatannya dan berharap dia dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, semalam. 

Menurutnya, dia dengan bantuan penduduk sekitar membawa anak sulungnya ke hospital swasta berhampiran kawasan berkenaan. “Doktor mengesahkan Naqiuddin sudah meninggal dunia apabila arus elektrik memberi kesan kepada jantungnya. Atas arahan doktor, Naqiuddin dipindahkan ke PPUM untuk bedah siasat,” katanya. 

Katanya, sebelum kejadian itu, anak ketiganya, Mohd Idzuddin, 4, berperangai pelik seolah-olah sesuatu perkara buruk akan berlaku apabila sering merengek untuk pulang ke kampungnya di Kampung Telaga Nibong, Jerteh, Terengganu. “Saya tidak menyangka rengekan itu menandakan kehilangannya,” katanya. 

Menurutnya, anaknya yang juga murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 itu sentiasa taat kepadanya dan isteri, Ros Zakaria, 30-an. “Sebelum Naquiddin keluar rumah, dia meminta kebenaran bermain di padang, malah sempat menunaikan solat Zuhur dan Asar,” katanya. 

Difahamkan, jenazah Allahyarham Muhammad Naquiddin akan dikebumikan di Jerteh, Terengganu hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan. 

Katanya, laporan bedah siasat mendapati punca kematian kerana renjatan elektrik. Menurutnya, pihaknya sehingga kini menanti laporan daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang masih menyiasat punca kemalangan itu. - myMetro

Kedudukan bulan paling rapat dengan bumi



Fenomena ini membolehkan bulan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa.


ENGLAND - Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu.
Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. Ketika itu, bulan akan kelihatan sangat terang dan bercahaya. - Agensi

Sunday, March 20, 2011

Dengar bunyi pelik


ALOR GAJAH: “Saya dengar bunyi pelik di luar tapi tidak syak apa-apa sebelum terasa bas bergegar dan terhoyong-hayang lalu merempuh penghadang tengah lebuh raya dan terus melencong ke kiri jalan.”

Begitu kata penumpang bas pesiaran, Shibli Sabtu, 26, selepas bas dinaiki bersama lapan penumpang lain terbalik di Kilometer 214.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam. 

Dalam kejadian itu, semua penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru itu berdepan detik mencemaskan apabila bas dipandu lelaki berusia awal 30-an hilang kawalan sebelum terbabit dalam kemalangan. 

“Ketika leka bermain telefon bimbit, tiba-tiba bas merempuh sesuatu dengan kuat sebelum senget ke kanan. Rakan saya pula tercampak ke lantai bahagian depan.

“Saya dengar penumpang menjerit dan meraung ketakutan selepas bas terbabas ke kiri sebelum terbalik ke kanan dan terseret, mengakibatkan sembilan penumpang lain tercampak dari tempat duduk,” kata penuntut pusat pengajian tinggi awam itu.

Katanya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila perjalanan yang dijadualkan jam 12.40 tengah malam dari Perhentian Bas Bukit Jalil ditangguhkan ke jam 1 pagi akibat hal yang tidak dapat dielakkan. Malah bas juga dirasakan tidak stabil kerana hadlajunya berubah-ubah. 

Seorang lagi penumpang, Azlan Abdullah, 46, berkata pemandu lewat memulakan perjalanan kira-kira 30 minit daripada masa dinyatakan dan berhenti di Hentian Sebelah Nilai. “Selepas memandu 30 minit, sekali lagi pemandu berhenti di Hentian Sebelah Senawang untuk menghilangkan mengantuk dan meneruskan perjalanan 10 minit kemudian sebelum terbabit kemalangan,” katanya. 

Katanya, ketika kejadian kebanyakan mereka terlelap dan dia tersedar apabila bas dirasakan senget sebelum terbalik dan terseret sejauh 50 meter. “Saya cuba pegang tempat duduk depan dengan kuat tapi tetap tercampak. Keadaan huru hara kerana ramai penumpang tercampak dari tempat duduk. 

“Saya cuba tendang cermin depan dengan harapan kami semua tidak terperangkap di dalam bas tapi tidak berjaya. Kemudian saya cuba membuka pintu kecemasan di atas bumbung bas dan dari situ kami semua merangkak keluar dari bas yang terbalik itu. 


“Saya bersyukur kami semua, termasuk pemandu, terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya. 


Sementara itu, sumber Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah (IPD) berkata, hasil siasatan awal, pihaknya percaya bas pesiaran dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bharu hilang kawalan selepas terlanggar penghadang jalan dan melencong ke kiri lalu melanggar tebing dan terbalik ke kanan. 


Bagaimanapun, bas itu hanya membawa sembilan penumpang dan mereka menyambung perjalanan ke Johor Bahru menggunakan bas pesiaran lain. - myMetro

Saturday, March 19, 2011

Man Dinobat Juara Raja Lawak 5


SHAH ALAM: Seperti dijangka Man atau nama sebenar Abd Rahman Kassim, 33, dinobatkan sebagai juara program realiti Raja Lawak Astro 5 dalam pertandingan akhir malam Jumaat.
Program akhir yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu menyaksikan peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini berjaya meraih undian peminat sebanyak 45 peratus.
Manakala Kumpulan RJ yang dianggotai oleh Rahim Mat Ali dan Ridhzuan Mat Ali yang menerima undian 32.5 peratus sekadar berpuas hati muncul naib juara dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Balas denganundian 22.6 peratus.
Dengan kemenangan tersebut, Man berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, barangan elektrik serta trofi sumbagan Astro.
Sementara kumpulan RJ dan Balas tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000, barangan elektrik serta trofi.
"Saya masih lagi tergamam dengan kemenangan ini, ia membuktikan pengorbanan lima tahun dari program pertama hingga ke kelima akhirnya membuahkan hasil.
"Sebagai orang biasa, saya rasakan ini merupakan satu keajaiban yang berlaku dalam hidup saya," katanya selepas diumumkan sebagai juara.
Tambah Man, dia berharap agar diberi peluang untuk mengembangkan bakat yang ada dalam dirinya.
"Perancangan selepas ini hanya serahkan kepada pihak Astro untuk mencungkil bakat lagi bakat yang ada pada diri saya.
"Selain itu, saya juga perlu berbincang dengan majikan saya Pos Malaysia untuk perancangan selepas ini," ujarnya.
Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu David Teo, Sathiya dan Afdlin Shauki, sementara keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Dengan keputusan ini, secara automatik ketiga-tiga peserta akhir ini layak untuk bertanding di dalam rancangan Maharaja Lawak yang akan bersiaran pada 1 April ini.
Program Maharaja Lawak tersebut akan menyaksikan persaingan di antara kesemua finalis rancangan Raja Lawak Astro dari musim pertama hingga kelima. - mStar

Friday, March 18, 2011

Cuba parang pensyarah


KUALA LUMPUR: Hanya kerana ditukar ke bilik asrama lain, seorang siswa lelaki sebuah kolej swasta di sini yang berusia 25 tahun, nekad cuba mencederakan warden yang juga pensyarahnya dengan menyerang wanita berkenaan menggunakan parang.

Pelajar terbabit turut mengugut membunuh pensyarah berusia 47 tahun itu selain mengarahkan mangsa menarik balik arahan menukar bilik yang dikeluarkannya sebelum itu.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, warden terbabit bernasib baik apabila suspek dapat dihalang sekumpulan siswa lain yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

Bimbang mengenai keselamatannya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan berdasarkan aduannya mangsa memaklumkan siswa terbabit memang seorang yang bermasalah.

Bagaimanapun, menurut sumber, mangsa mengarahkan siswa itu ditukarkan ke bilik lain bukan semata-mata disebabkan masalah dirinya, sebaliknya ia untuk keselesaan semua siswa berikutan premis asrama berkenaan sudah didiami terlalu ramai penghuni. 

“Dalam aduannya, mangsa memberitahu kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat letak kereta sebelum didatangi suspek yang memarahinya. Mangsa cuba menenangkan pelajarnya itu dengan memberikan penjelasan, namun tidak diendahkan. Sebaliknya, suspek memaki hamun mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana tidak mahu masalah menjadi lebih serius, namun tindakannya masih tidak memuaskan hati suspek.

“Suspek pergi ke keretanya dan mengambil parang sebelum berlari ke arah mangsa dipercayai untuk menyerangnya sambil menjerit mahu membunuh mangsa.

“Tersentak dengan itu, mangsa menjerit meminta pertolongan dan dia bernasib baik kerana terdapat sekumpulan lima siswa lelaki yang melalui kawasan berkenaan.

“Kumpulan siswa itu menghalang suspek sebelum mereka mengarahkan mangsa meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik suspek meninggalkan kawasan itu suspek ditenangkan kumpulan pelajar berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. - myMetro

Pelangi awan luar biasa di Gunung Everest

KATHMANDU - Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.


Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.
Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan.
Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.
"Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu," kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. - Agensi

Thursday, March 17, 2011

Yahya Sulong Semakin Uzur, Kadang-Kala Pelupa


Yahya Sulong merenung nasibnya yang semakin uzur. - Foto THE STAR Oleh YAP CHEE HONG
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, berada dalam keadaan uzur sehingga kadangkala menjadi pelupa serta berperangai seperti kanak-kanak.
Isteri beliau, Datin Alisah Ali, 64, berkata, Yahya akan menyelongkar dapur dan laci untuk mencari sesuatu tanpa tujuan pada tengah malam dan gemar keluar dan masuk sambil mengunci rumah.
"Saya beritahunya supaya jangan mengunci pintu rumah jika dia hendak keluar sekejap kerana takut apa-apa berlaku dan saya tidak mempunyai kunci penduanya ketika itu.
"Saya tidak dapat tidur lena kerana bimbangkan kesihatannya,” luah Alisah ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Rabu.
Freddie Fernandez (kiri) ketika melawat Yahya bersama beberapa ahli Karyawan pada Rabu.
Yahya dikunjungi Biro Pemuzik Profesional, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Ia turut dihadiri, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Biro tersebut, Aznan Alias serta rakan artis seperti Radhi Khalid dan Nassier Wahab.
Dalam kunjungan itu Karyawan memberikan sumbangan berupa cek sebanyak RM2,000 untuk rawatan perubatan beliau.
Menurut Alisah, suaminya mengalami asma, sakit jantung, sukar bernafas malah baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) seminggu yang lalu.
Katanya, Yahya sebelum ini sudah dua kali dimasukkan ke Hospital Ampang tetapi terpaksa ditukarkan ke HKL ekoran kos pengangkutan untuk dia ulang-alik menjaga suaminya itu yang tinggi.
Alisah Ali, isteri yang tabah menjaga suaminya.
Kos tambang teksi mencecah RM17 sekali perjalanan sementara bas awam memerlukan pertukaran sebanyak tiga kali dari kediamannya di Sentul ke hospital tersebut.
Alisah memberitahu, suaminya sebelum ini pernah menerima pencen bulanan sebanyak RM500 sebulan daripada Karyawan tetapi sumbangan itu telah dihentikan sejak empat bulan lalu ekoran krisis kepimpinan yang berlaku.
"Datuk Freddie pernah menghulurkan duitnya sendiri kepada kami. Kami juga memohon bantuan daripada Baitulmal dan masih menunggu keputusan," katanya.
Sementara itu, Freddie berkata, sumbangan derma itu diberikan kepada Yahya bagi meringankan beban kos perubatan yang dialami beliau.
Katanya, beliau bukan sahaja berjasa sebagai artis malahan atas sumbangannya sebagai polis hutan memperjuangkan kemerdekaan negara pada 1950-an dulu.
Sementara itu, Yahya berterima kasih kepada Karyawan dan berjanji akan menyumbangkan tenaganya apabila sembuh nanti. -mStarOnline

'Aku tikam jika kau urut lelaki'


JOHOR BAHRU: Tidak tergambar kesengsaraan dialami seorang wanita yang hamil empat bulan apabila dia bukan saja ditikam bapa kandung di rumahnya di Kampung Sri Serdang, di sini, petang semalam, malah pisau berkenaan terpacak di belakang badannya kira-kira empat jam sebelum berjaya ditarik keluar.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Dewi, 43, maut ditikam di perut, manakala mangsa yang hanya dikenali sebagai Idah, 28, parah apabila pisau itu ditusuk sehingga hampir mengenai tulang belakangnya.

Difahamkan, pasukan perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan imbasan X-ray sebelum mengeluarkan pisau berkenaan bagi mengelak kecederaan lebih parah sekiranya senjata itu terkena tulang belakang mangsa. Selain itu, pasukan perubatan perlu berhati-hati bagi memastikan bayi dalam kandungan mangsa selamat berikutan dia kehilangan banyak darah.

Dua beranak itu menyediakan khidmat mengurut badan secara sambilan di rumah berkenaan dan ketika kejadian, suami mangsa pulang ke Indonesia atas urusan keluarga.

Sementara itu, saksi, Farhana Zamir, 16, berkata dia tidak menyangka amaran yang didengarnya beberapa hari lalu menjadi kenyataan. Katanya, dia terdengar seorang lelaki pernah memberi amaran kepada Dewi supaya tidak meneruskan perkhidmatan mengurut lelaki.

“Saya terdengar ‘kalau kau urut lelaki di rumah ini, aku tikam kau’, tetapi saya tidak menyangka ia menjadi realiti. Saya tidak tahu siapa yang melakukannya dan bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi itu amaran yang saya dengar kerana lelaki terbabit sering ke rumah Dewi dan bertengkar dengannya.

“Ketika kejadian, saya sibuk membasuh baju sebelum terdengar orang bertengkar di rumah itu. Pada mulanya, saya tidak mengendahkannya, tetapi keluar selepas mendapati ia berbeza berbanding biasa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik keluar rumah, dia melihat Dewi dan Idah terbaring di lorong belakang rumah lalu segera berlari ke depan untuk mendapatkan bantuan orang ramai. Jiran, Aizuddin Ramli, 22, berkata sebaik keluar rumah, dia melihat Dewi keluar dari pintu belakang sambil memegang perutnya dan berjalan terhuyung-hayang.

“Ia diikuti Idah dengan pisau masih tertusuk di belakang badannya dan ia mengerikan. Pada masa sama, saya melihat seorang lelaki berbadan gempal minum air di depan rumah dua beranak berkenaan.

“Saya mendapatkan bantuan orang ramai untuk mengejar lelaki terbabit dan menahannya sebelum diserahkan kepada polis yang melalui kawasan ini,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan lelaki terbabit bukan suspek sebaliknya pelanggan mangsa kerana beberapa penduduk mendakwa terlihat kelibat suspek utama mengekori Dewi hingga ke lorong belakang rumah.

Penduduk mendakwa suspek mencium dahi bekas isterinya itu selepas wanita berkenaan rebah sebelum melarikan diri ketika orang ramai mengejar lelaki berbadan gempal terbabit.

Berikutan itu, polis menjejaki suspek dan menahannya ketika dia cuba mengambil motosikalnya yang diletakkan di lokasi berhampiran beberapa jam kemudian. - myMetro

Related Posts with Thumbnails

heratBeat