KAJANG: Seorang wanita warga Indonesia yang enggan bersalin di hospital kerana tiada sijil nikah selain takut ditahan pihak berkuasa maut akibat kehilangan banyak darah selepas melahirkan anak sulungnya di rumahnya di Batu 9, Cheras, di sini tengah hari kelmarin.
Wanita berusia 21 tahun itu dikatakan bersalin dengan ditemani seorang lelaki yang mengaku suaminya dan seorang jiran, kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kajang, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, wanita itu meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah selepas beberapa jam melahirkan anak.
“Siasatan awal mendapati mangsa enggan ke hospital dan terlantar sakit di rumah sebelum bersalin secara tiba-tiba tanpa sempat suaminya mendapatkan bantuan bidan.
“Menurut lelaki yang mengaku suaminya, seorang rakannya yang tinggal berhampiran bertindak memotong tali pusat bayi berkenaan sejurus bayi itu dilahirkan,” katanya.
Menurutnya, melihat keadaan isterinya yang lemah dan pucat, suaminya cuba mendapatkan bantuan jiran untuk membawa wanita itu ke hospital. Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila wanita berkenan meninggal dunia, tetapi anak yang dilahirkan itu normal dan sihat. - myMetro
No comments:
Post a Comment