aDs

aluan

Followers

Wednesday, July 6, 2011

Sufian Mohamed Sukar Pandang Wajah Zahiril


Sufian (kanan) bersama-sama para pelakon Tolong! Awek Aku Pontianak iaitu Zahiril (kiri), Liyana Jasmay dan Sazzy Falak ketika ditemui di Menara Kuala Lumpur. - Foto LOW BOON TAT
PETALING JAYA: Pelakon filem Tolong! Awek Aku Pontianak, Sufian Mohamed, 25, akui sukar untuk memandang muka pelakon Zahiril Adzim ketika melakonkan babak romantis dalam filem tersebut.
Ini kerana, mereka merupakan sahabat baik di luar filem itu dan berperangai ‘gila-gila’. Disebabkan itu, mereka terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk membuang perasaan itu.
“Semasa menjayakan babak berkenaan, saya dan Zahiril perlu bertentang mata dan berbual dalam nada romantik, kami asyik tergelak kerana sudah biasa bersikap ‘gila-gila’ dan spontan.
“Selepas itu, kami terpaksa membuang perasaan malu dan geli hati untuk menjayakan babak itu,” katanya yang melakonkan watak Pian selaku sahabat baik Bob (Zahiril) dalam filem yang ditayangkan pada 7 Julai itu.
Biarpun begitu, secara keseluruhannya dia seronok bergandingan buat pertama kali dengan sahabatnya itu kerana memudahkan mereka untuk menimbulkan keserasian antara satu sama lain.
“Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam filem lain arahan James Lee iaitu “Sini Ada Hantu”. Setelah dia melihat keserasian saya dan Zahiril yang agak gila-gila, James menawarkan kami untuk berlakon dalam filem “Tolong! Awek Aku Pontianak,” katanya yang juga bekerja sebagai pembantu peribadi Zahiril.
Walaupun lebih banyak terlibat sebagai pelakon aksi lagak ngeri berbanding pelakon biasa, Sufian akui lebih gemar kurang menonjol.
“Setiap perkara yang saya lakukan dalam industri seni ini bukan disebabkan untuk mendapat nama sebaliknya kerana kerja.
“Saya tidak nafikan, Zahiril merupakan antara orang yang banyak memberikan motivasi dan sokongan dalam setiap kerja yang saya lakukan,” katanya yang tidak memilih untuk menjadikan lakonan sebagai pendapatan tetapnya.
Kata pelakon aksi lagak ngeri filem Merong Mahawangsa dan Misteri Jalan Lama ini, dia mahu serius dengan perniagaan perkhidmatan, pengurusan acara dan fotografi yang diusahakan bersama-sama kawannya.
Pelakon berasal dari Mersing, Johor ini memulakan karier seninya sejak tahun 2008.
Dia yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Kolej Lagenda, Negeri Sembilan dan pernah berkhidmat sebagai jurutera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Namun, dia hanya bertahan selama dua bulan kerana tiada hati untuk meneruskan kerjaya itu lagi padahal dia mengimpikan cita-cita itu sejak kecil. - mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat