aDs

aluan

Followers

Monday, July 11, 2011

Gadis separuh sedar panjat bumbung

MACHANG: Pujukan seorang anggota bomba meminta seorang gadis berusia 21 tahun yang berdiri di atas bumbung rumahnya dalam keadaan separuh sedar supaya memikirkan perasaan bapa dan ibunya, berjaya menyelamatkan gadis itu daripada terjatuh dari ketinggian 4.3 meter, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi di Jalan Bahagia, di sini, gadis berjubah dan tudung putih itu dipercayai mengalami tekanan perasaan dan dalam separuh sedar memanjat ke atas bumbung rumahnya melalui dapur yang mempunyai laluan ke bumbung sebelum disedari bapanya yang menghubungi bomba.

Enam anggota bomba dari Balai Bomba Machang, diketuai, Che Zamri Che Ya, 39, tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.11 minit, sebelum gadis itu diselamatkan.

Difahamkan, gadis itu menuntut di sebuah universiti di Mesir dan pulang ke negara ini sejak tiga bulan lalu buat sementara waktu ketika berlaku pergolakan di Mesir.

Selepas sebulan berada di sini, dia mula mengalami tekanan perasaan. Che Zamri berkata, dia mendekati gadis yang ketika itu berdiri di atas bumbung sambil memberitahu ayah dan ibunya bimbang dan sedih melihat keadaannya.

“Dia separuh sedar. Saya beritahu, ‘kasihan, ayah dan ibu tunggu adik di bawah. Bahaya berdiri atas bumbung ini’, sebelum gadis itu duduk.

“Ketika itu saya dan ahli keluarga serta anggota bomba lain menyelamatkannya dengan memegangnya serta membawanya turun menggunakan tangga. Bagaimanapun, gadis itu tidak bertindak agresif,” katanya.

Ketua Balai Bomba Machang, Che Mohd Fauzi Che Omar, berkata usaha menyelamatkan gadis itu mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Gadis itu dipercayai mengalami tekanan perasaan. Kami berjaya membawa turun gadis itu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Dia tidak cedera dan kini berada bersama ahli keluarganya di rumah,” katanya. Sementara itu, usaha menemu bual bapa gadis itu gagal kerana enggan ditemubual. - myMetro

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

heratBeat