aDs

aluan

Followers

Tuesday, July 5, 2011

Reda kematian isteri, anak

Kembar dalam perut maut



KUCHING: “Menangis hingga kering air mata sekalipun tidak dapat menggantikan nyawa isteri dan anak saya yang belum lahir itu. Saya reda dengan pemergian mereka,” kata Buntu Aping, 36, suami kepada seorang wanita hamil sembilan bulan yang maut bersama anak dalam kandungan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu 9, Jalan Penrissen di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak dapat menemani isteri, Mira Rungor, 33, ketika dihantar dengan ambulans dari Hospital Sri Aman ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk melahirkan anak ketujuh itu kerana terpaksa menjaga anak mereka yang berusia tiga tahun di rumah di Kampung Kemintin Kelauh, Sri Aman.

“Saya terpaksa menguruskan anak lain terutama yang bongsu kerana masih kecil menyebabkan saya tidak dapat menemani isteri ketika dia dalam perjalanan ke hospital di Kuching untuk bersalin,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HUS, di sini, semalam.

Katanya, dia terkejut ketika menerima panggilan memberitahu isteri dan anak dalam kandungan meninggal dalam kemalangan selepas ambulans dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh pokok.

Difahamkan, mangsa bercadang untuk menjalani pembedahan menghalang kehamilan kerana sudah mempunyai anak ramai dan proses itu terpaksa dilakukan di HUS kerana Hospital Sri Aman tidak mempunyai doktor pakar.

Mangsa kemudian menaiki ambulans diiringi bersama seorang jururawat dan Pembantu Perubatan yang bertolak dari Hospital Sri Aman pada kira-kira jam 11 malam sebelum tiba ke bandar raya ini tiga jam kemudian.

Kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu berlaku apabila ambulans dinaiki mangsa terbabas sebelum merempuh sebatang pokok selepas pemandunya dikatakan mengelak daripada merempuh seekor anjing.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes terbabit masih dalam siasatan. - myMetro

1 comment:

  1. TAKZIAH! Sesungguhnya ujian Allah itu amat berat namun keredaan menerima musibah ini dpt menenangkn hati yg gundah gulana. Byk2kan bersabar.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat