aDs

aluan

Followers

Showing posts with label pendatang tanpa izin. Show all posts
Showing posts with label pendatang tanpa izin. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Wanita maut bersalin di rumah, anak selamat

KAJANG: Seorang wanita warga Indonesia yang enggan bersalin di hospital kerana tiada sijil nikah selain takut ditahan pihak berkuasa maut akibat kehilangan banyak darah selepas melahirkan anak sulungnya di rumahnya di Batu 9, Cheras, di sini tengah hari kelmarin.

Wanita berusia 21 tahun itu dikatakan bersalin dengan ditemani seorang lelaki yang mengaku suaminya dan seorang jiran, kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, wanita itu meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah selepas beberapa jam melahirkan anak.

“Siasatan awal mendapati mangsa enggan ke hospital dan terlantar sakit di rumah sebelum bersalin secara tiba-tiba tanpa sempat suaminya mendapatkan bantuan bidan.

“Menurut lelaki yang mengaku suaminya, seorang rakannya yang tinggal berhampiran bertindak memotong tali pusat bayi berkenaan sejurus bayi itu dilahirkan,” katanya.

Menurutnya, melihat keadaan isterinya yang lemah dan pucat, suaminya cuba mendapatkan bantuan jiran untuk membawa wanita itu ke hospital. Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila wanita berkenan meninggal dunia, tetapi anak yang dilahirkan itu normal dan sihat. - myMetro

Wednesday, June 1, 2011

Nyaris dilarikan lelaki Lombok


BNU Sina bersama Nurul menunjukkan salinan laporan polis mengenai lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri ketika ditemui di rumahnya di Masai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 31 Mei - Seorang bakal pengantin melalui pengalaman yang menakutkan apabila nyaris dilarikan seorang lelaki Lombok, Indonesia awal bulan lalu.

Namun, kepantasan bapa gadis berusia 21 tahun itu dengan bantuan orang kampung berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa lelaki yang dikenali sebagai Hasan Basri itu.

Bapa wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ibnu Sina, 50, berkata, selepas menyedari kehilangan Nurul, 21, kira-kira pukul 4 pagi pada 9 Mei lalu, dia terus menghubungi rakan-rakannya untuk meminta bantuan bagi mencari gadis itu.

"Alhamdulillah, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang tekong bot di laluan keluar Ulu Tiram berjaya mengesan anak saya bersama lelaki berkenaan ketika ingin menaiki bot untuk ke Lombok.

"Lelaki tersebut memberitahu kepada tekong itu bahawa wanita yang dibawanya itu warganegara India, namun kad pengenalan yang diserahkan menunjukkan nama dan nombor yang sama dengan SMS yang diterimanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Gudang hari ini.

Dalam pertemuan itu, anaknya Nurul turut berada di dalam rumah, namun dia tidak menjawab pertanyaan wartawan akibat masih trauma dengan kejadian tersebut.

Ibnu Sina berkata, sejak kejadian itu anaknya seakan-akan hilang ingatan dan tidak menyedari semua kejadian yang dilaluinya sepanjang dilarikan lelaki berkenaan.

Katanya lagi, anak kedua daripada lapan beradik itu yang bakal berkahwin Sabtu ini pernah bertanya kepada ibunya tentang kejadian yang berlaku terhadapnya.

"Apa dah jadi dengan angah mak? Cuba mak tampar angah, mungkin angah boleh sedar. Itu kata anak saya kepada ibunya. Selepas kejadian tersebut dia jadi murung dan jarang bercakap," katanya lagi.

Dia percaya lelaki berkenaan menggunakan ilmu hitam bagi menundukkan Nurul kerana selepas kejadian itu, dia membawa anaknya bertemu pengamal perubatan tradisional dan diberitahu bahawa lelaki berkenaan mencalitkan sejenis minyak pada Nurul.

Malah, kejadian awal Mei lalu bukan pertama kali kerana Nurul pernah dilarikan bersama adiknya setahun lalu oleh lelaki yang sama.

"Saya sudah buat laporan polis berhubung kejadian tersebut, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap lelaki berkenaan. Ia memberi kesan mendalam terhadap anak saya apabila menyedari lelaki berkenaan masih bebas dan perkara yang sama boleh berulang," katanya lagi. - Utusan

Monday, March 14, 2011

Warisan tercemar


DOMINASI...warga asing membanjiri kawasan Pasar Seni.

KUALA LUMPUR: Kebanjiran warga asing di kawasan Pasar Seni, di sini, menyebabkan pengunjung semakin resah terutama wanita.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu mendapati hampir 80 peratus pengunjung di pusat beli-belah itu warga asing terutama dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang kebanyakannya menetap dan bekerja di negara ini.

“Saya rasa tidak selamat untuk keluar seorang diri di kawasan ini terutama pada waktu malam,” kata pengunjung, Syahidah Mansor, 23, apabila ditanya mengenai isu berkenaan.

Katanya, disebabkan warga asing yang mendominasi kawasan ini, Pasar Seni tidak langsung menggambarkan sebagai warisan seni Malaysia. “Kebanyakan peniaga di kawasan ini warga asing, begitu juga dengan pekerja mereka. Mereka membentuk komuniti yang semakin hari semakin besar,” katanya.

Secara tidak langsung, katanya, mereka akan berasa berkuasa dan selesa seperti menetap di negara sendiri.

Pelajar institusi pengajian tinggi awam, Hadri Zainal, 25, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebanjiran warga asing di Pasar Seni.

“Lelaki mungkin tidak terlalu takut untuk keluar seorang diri di kawasan Pasar Seni, tetapi bagi wanita pasti berasakan keselamatan mereka kurang terjamin.

“Mungkin dengan kebanjiran warga asing ini, punca tempat ini kotor. Saya sudah pergi banyak tempat warisan seni dan saya rasa untuk kekalkan tarikan pelancong, orang tempatan perlu menjaga kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, ada juga warga asing yang meminta sedekah untuk menambah pendapatan. “Bilangan peminta sedekah warga asing bertambah pada hujung minggu kerana mereka tahu pengunjung ke kawasan ini lebih ramai,” katanya. - myMetro

Friday, November 19, 2010

Warga asing jadi drebar teksi di Sungai Buloh

SEWAKAN TEKSI...pemandu teksi disyaki warga asing mengambil penumpang di Sungai Buloh.

SUNGAI BULOH: Segelintir pemandu teksi tempatan di daerah ini dikenal pasti menjadi tauke dan hidup goyang kaki apabila menyewakan teksi mereka kepada warga asing bagi mengaut keuntungan mudah.
Kegiatan mereka mengakibatkan pemandu teksi warga asing terutama rakyat Indonesia menjadikan beberapa kawasan tumpuan orang ramai sebagai ‘port rasmi’ mereka, malah dipercayai turut mengenakan tambang sesuka hati.

Tinjauan Harian Metro di sebuah pusat beli-belah di sini mendapati pemandu teksi berkenaan mula berkumpul dan menunggu penumpang sekitar jam 5 petang berikutan terdapat ramai pekerja yang pulang ketika itu.

Seorang pengadu yang dikenali sebagai Mohamed, 27, berkata, kegiatan pemandu teksi yang terdiri daripada warga asing terbabit semakin berleluasa kerana tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

Katanya, memandangkan kawasan itu turut dipenuhi warga asing berkenaan maka dia tidak hairan kegiatan pemandu teksi itu sering mendapat sambutan penumpang.


“Memang tidak logik apabila melihat pemandu teksi di kalangan warga asing kerana setahu saya mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk memiliki lesen atau menyewa daripada warga tempatan.

“Setakat ini tidak ada kejadian buruk atau masalah jenayah membabitkan golongan itu namun sebagai warga tempatan, saya pasti mereka menutup ‘periuk nasi’ pemandu tempatan yang masuk di kawasan Sungai Buloh,” katanya.


Penumpang, Siti Norfatimah Zulkifli, 19, mengakui terdapat pemandu teksi warga asing di setiap perhentian bas atau teksi di daerah ini.

Menurut Siti, kebiasaannya pemandu warga asing akan menunggu penumpang di kawasan tumpuan orang ramai seperti Stesen Komuter Sungai Buloh, perhentian bas atau pondok teksi.

“Selalunya, mereka menggunakan teksi lama iaitu Proton Iswara dan mempunyai lokasi khas untuk menunggu dan mengambil penumpang.


“Saya tidak pernah guna perkhidmatan mereka kerana bimbang keselamatan diri dan tambang dicaj juga tanpa menggunakan meter,” katanya. - myMetro



Wednesday, November 3, 2010

Mahligai pendatang

BERDERET...rumah setinggan yang dibina pendatang di tepi Sungai Puchong
PUCHONG: Mencemarkan pandangan mata apabila puluhan rumah setinggan didirikan dipercayai didiami pendatang Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan dan kilang industri di tebing Sungai Puchong dekat Pangsapuri Angsana Hilir, di sini, sejak empat bulan lalu.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati lebih 10 unit rumah setinggan setingkat dan dua tingkat diperbuat daripada kayu didirikan yang terlindung di sebalik pokok besar.

Penduduk, Rozita Abd Razak, 38, berkata, pendatang berani mendirikan rumah setinggan itu kerana ia tersorok di sebalik pokok besar hingga tidak kelihatan penduduk sekitar.

Katanya, penempatan haram itu boleh mendatangkan pelbagai masalah sekiranya tidak dibendung kerana mereka mungkin akan menambah lagi bilangan rumah serta mengajak masyarakat mereka mendiami kawasan itu.

“Kita bukan tidak suka dengan pendatang asing tetapi kedatangan mereka yang sesuka hati mendirikan rumah boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk kecurian dan rompakan kerana pada masa ini pelbagai masalah jenayah berlaku di sini.

“Kami bukan mahu menuduh mereka melakukan jenayah, tetapi eloklah kita berjaga sebelum kena,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Angsana Hilir.

ITU DIA...seorang penghuni menunjukkan rumah setinggan pendatang di sebalik pokok besar
Menurutnya, penambahan warga asing di kawasan itu membimbangkan kerana menyebabkan jenayah kecil seperti kecurian berlaku hingga menakutkan penduduk terutama wanita.

Peniaga, Nasir Mohamad, 45, berkata, walaupun kedatangan setinggan tidak mengancam penduduk, ia memberi kesan pada masa akan datang kerana mereka berani mendirikan rumah dua tingkat diperbuat daripada kayu.

Katanya, kawasan tebing sungai diteroka boleh merosakkan ekosistem air kerana mungkin mereka menggunakan sungai sebagai punca air dan melakukan kegiatan harian.

“Kita tidak mahu kehadiran mereka memberi kesan kepada pelbagai pihak dan meminta pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi melegakan hati masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya akan membuat siasatan perumahan setinggan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Katanya, perumahan itu mungkin baru kerana Subang Jaya bersih daripada setinggan apabila semua penduduk dipindahkan ke perumahan yang disediakan.

“Pada masa ini tidak sepatutnya ada setinggan kerana dasar inflasi sifar sudah menghapuskan semuanya dan mungkin ia dibina oleh pendatang asing,” katanya.-myMetro

Kita mesti sentiasa peka dgn kawasan tempat tinggal kita....jgn bagi peluang mereka ini meneroka secara haram. Kalau dibiarkan boleh bertukar jadi kampung mereka pula.....
Related Posts with Thumbnails

heratBeat