aDs

aluan

Followers

Friday, February 4, 2011

‘Sabar, jangan panik’


SEPANG: “Saya harap ibu bapa dan keluarga pelajar kita di Mesir bersabar dan jangan panik, kami akan pastikan tiada seorang pun pelajar kita yang akan ditinggalkan,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, kerajaan sudah menggerakkan semua jabatan, agensi, pihak tentera dan syarikat penerbangan untuk membantu membawa pulang pelajar ke tanah air dengan segera. Malah, beliau turut berlepas ke Mesir jam 5 petang semalam dengan menaiki pesawat ihsan pertama milik AirAsia Berhad (AirAsia) untuk mengetuai misi menyelamatkan pelajar dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji, AirAsia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Kelab Putera 1Malaysia.

Katanya, sebaik tiba di Mesir mereka akan terus menggerakkan usaha membawa pelajar yang sudah dikumpulkan ke Madinatul Hujjaj di Jeddah, iaitu kemudahan milik Tabung Haji sebagai tempat transit. “Sebaik pelajar tiba, kita akan menyusun dan mengagihkan penerbangan yang akan dinaiki untuk dibawa pulang ke tanah air. Selain pesawat yang membawa rombongan kami hari ini, AirAsia turut menyediakan dua pesawat tambahan yang dapat memuatkan 300 penumpang yang akan beroperasi empat kali sehari. Ini tidak termasuk pesawat disediakan Penerbangan Malaysia (MAS) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Mesir di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, semalam. 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun. Jamil Khir berkata, kira-kira 20 tan bekalan makanan akan diagihkan kepada pelajar di Mesir dengan bantuan PBSM dan Kelab Putera 1Malaysia. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan keluarga bersabar, bertenang serta berdoa supaya usaha yang sedang dilaksanakan dapat dipermudahkan.

“Misi kita membawa pulang semua pelajar tanpa mengira dari negeri mana atau fahaman politik, jadi yakinlah pada kerajaan,” katanya. Pada masa sama, Jamil Khir mengingatkan ibu bapa tidak mempercayai khabar angin atau sumber tidak sahih bagi memastikan mereka tidak mendapat maklumat salah. - myMetro

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

heratBeat