aDs

aluan

Followers

Saturday, February 26, 2011

Pemilik letak kenderaan tepi jalan sepak penguat kuasa


KESAL...Muhammad Hafizuddin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera selepas dipukul dan diterajang seorang pemilik kereta dalam operasi menyita kenderaan di Dang Wangi, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi Jumaat lalu itu menyebabkan penguat kuasa berkenaan, Muhammad Hafizuddin Sharif, 27, cedera ringan di tangan dan perut selepas dipukul bertalu-talu oleh suspek yang berusia 20-an.

Beliau berkata, dia tidak menyangka pemilik kenderaan terbabit memukul dan menerajangnya selepas rayuan untuk mengambil kembali kenderaannya tidak dilayan. Katanya, sebelum kejadian, mereka sudah memberi amaran kepada pemilik yang meletak kereta di tepi jalan supaya mengalihkan kenderaan, tetapi lelaki terbabit tiada di tempat kejadian.

“Oleh itu, kami menyita kenderaannya dengan menggunakan kren tunda sebelum dia muncul dan merayu supaya mengembalikan keretanya, tetapi kami memintanya hadir ke depoh tunda DBKL di Jinjang untuk menyelesaikan masalah itu.

“Ketika itu, lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan menendang perut saya hingga terjatuh,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, sebaik terjatuh, lelaki terbabit terus menerus menendang perutnya menyebabkannya cedera.

“Dalam pergelutan itu, dua rakan saya sempat menggari lelaki terbabit sebelum anggota polis dari Balai Polis Dang Wangi datang membawanya ke balai polis untuk diambil keterangan. Selepas kejadian itu, saya dan rakan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. - myMetro

3 comments:

  1. salam..
    mengunjungi rakan2 blog:)
    salam perkenalan
    nice info
    blog apisv2

    ReplyDelete
  2. apisv2: tkasih kerana sudi menjenguk dan slmt berkenalan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat