aDs

aluan

Followers

Wednesday, January 26, 2011

Dua Daerah Di Johor Dilanda Banjir


Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim meredah banjir bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Lembah Bakti yang terjejas akibat banjir di Pekan Tenang Station di sini, hari ini. Mohd Azahar, 39, yang dalam proses berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan menentang calon PAS, Normala Sudirman, 38, pada Ahad ini. - foto BERNAMA

JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.
"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.
Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.
Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.
"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya. - BERNAMA

1 comment:

  1. jgn masa nak ngundi aje sanggup redah banjir.... dah menang esok btg hidung pun x nampak.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat