aDs

aluan

Followers

Thursday, January 20, 2011

20 maut dalam pengeboman di tenggara Afghanistan

KABUL 20 Jan. - Seramai 20 penduduk awam Afghanistan, termasuk 13 kanak-kanak terbunuh dalam satu pengeboman jalanan di tenggara negara ini, kata seorang pegawai kanan.

Keganasan di Afghanistan berada pada tahap yang terburuk sejak penggulingan rejim Taliban oleh pasukan keselamatan Afghanistan yang disokong Amerika Syarikat (AS) akhir 2001, dengan rekod kematian dan pemberontakan yang menunjukkan tanda sedikit reda.

Jurucakap bagi pasukan keselamatan yang diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Brigadier Jeneral Josef Blotz berkata, 13 kanak-kanak dan enam wanita antara yang terbunuh dalam serangan di daerah Khoshamand di wilayah Paktika, di utara Kabul yang bersempadan dengan Pakistan. - REUTERS

1 comment:

  1. pemberontakan & keganasan yg x berkesudahan......

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat