KLANG 14 Dis. - Seorang bayi lelaki yang dibalut badannya dengan kain tuala dan kain batik lusuh ditemui di lorong tandas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata, bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan HTAR pada pukul 4 pagi.
"Bayi berkulit cerah seberat 3.85 kilogram dan tidak diketahui bangsanya itu ditemui dalam keadaan sempurna tubuh badan dan tiada kecederaan pada tubuh.
"Tiada nota atau dokumen ditemui pada bayi yang tidak mempunyai parut suntikan BCG itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad berkata, bayi itu dimasukkan ke HTAR dan keadaannya dilapor stabil. - Bernama
x mampu nak bela la tu....tapi elok gak ditinggalkan kat hospital...nanti ada la yg sudi jadikan ank angkat....
ReplyDeletelebih baik dari dibuang merata-rata...mcm kes ari ni kena lenyek ngan kereta.....
ReplyDelete