aDs

aluan

Followers

Monday, February 28, 2011

Cabul sebelum rotan


KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan. Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli. Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.  “Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya. Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu. Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit. - myMetro

Sunday, February 27, 2011

Gitaris Sera meninggal


KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan rock yang popular pada 1990-an, Sera, Zainuddin A Karim, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Uban kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi semalam akibat kanser hati dan usus.

Uban menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak berhampiran masjid di Taman Bukit Cheras, dekat sini. Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar semalam.

Bekas penyanyi Sera, Mohammed Zamree Abidin, 44, atau dikenali juga sebagai Oyee menyatakan rasa sedih berikutan kehilangan rakannya.

“Semua ini ketentuan Allah, apapun saya bersyukur kerana sempat juga bertemu arwah pada Khamis lalu selepas terbaca laporan akhbar ini (Harian Metro) mengenai keadaan Uban yang menderita kerana kanser.

“Saya sedih, lebih-lebih kami tidak berjumpa sejak 1996. Tiada siapa dapat melawan takdir, mungkin Allah lebih menyayangi arwah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bekas gitaris kedua kumpulan Sera menderita barah usus peringkat akhir dan berharap rakan lama, terutama di kalangan anggota kumpulan Sera, melawatnya ketika masih berpeluang.

Kumpulan Sera yang pernah muncul ketika era rock kapak dulu popular dengan Di Badai Asmara. Album pertama Sera, Sentuhan Rasa diterbitkan pada 1991. Kumpulan ini berkubur selepas anggota kumpulan terbabit berpecah dan membawa haluan masing-masing sekitar 1996 dan 1997. - myMetro

Saturday, February 26, 2011

Pemilik letak kenderaan tepi jalan sepak penguat kuasa


KESAL...Muhammad Hafizuddin menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: Seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera selepas dipukul dan diterajang seorang pemilik kereta dalam operasi menyita kenderaan di Dang Wangi, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi Jumaat lalu itu menyebabkan penguat kuasa berkenaan, Muhammad Hafizuddin Sharif, 27, cedera ringan di tangan dan perut selepas dipukul bertalu-talu oleh suspek yang berusia 20-an.

Beliau berkata, dia tidak menyangka pemilik kenderaan terbabit memukul dan menerajangnya selepas rayuan untuk mengambil kembali kenderaannya tidak dilayan. Katanya, sebelum kejadian, mereka sudah memberi amaran kepada pemilik yang meletak kereta di tepi jalan supaya mengalihkan kenderaan, tetapi lelaki terbabit tiada di tempat kejadian.

“Oleh itu, kami menyita kenderaannya dengan menggunakan kren tunda sebelum dia muncul dan merayu supaya mengembalikan keretanya, tetapi kami memintanya hadir ke depoh tunda DBKL di Jinjang untuk menyelesaikan masalah itu.

“Ketika itu, lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan menendang perut saya hingga terjatuh,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, sebaik terjatuh, lelaki terbabit terus menerus menendang perutnya menyebabkannya cedera.

“Dalam pergelutan itu, dua rakan saya sempat menggari lelaki terbabit sebelum anggota polis dari Balai Polis Dang Wangi datang membawanya ke balai polis untuk diambil keterangan. Selepas kejadian itu, saya dan rakan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. - myMetro

Friday, February 25, 2011

Tentera bedil masjid


HANGUS...seorang lelaki di kawasan kenderaan yang musnah terbakar di Tobruk, Libya

BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.
   
  • FotoDOA...penunjuk perasaan antikerajaan berdoa dalam hujan.
  • FotoPROTES...sekumpulan lelaki di atas kereta perisai tentera.
  • FotoSELAMAT...seorang lelaki bersama dua anaknya berjalan di landasan kapal terbang.
Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak. Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar ‘membebaskan’ Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.

Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya ‘pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.

“Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan,” katanya. Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam. Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban. “Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu. Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.

“Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini,” katanya. Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.

“Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik,” katanya.

Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean. “Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain,” katanya.

Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu. — Agensi

Thursday, February 24, 2011

Jom kita pakat join FaceBlog


TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.



ingin sertai komuniti faceblog?
sila tekan button join usdibawah ini.
tq



 

Wajah mirip manusia pada labah-labah


WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne, dekat ini mempunyai wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton menemui labah-labah itu baru-baru ini.
Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya. - Agensi

Wednesday, February 23, 2011

Christchurch Seperti Zon Perang: Pelajar Malaysia


Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan Pyne Gould Guinness yang ranap ekoran gempa bumi di pusat Christchurch pada Selasa. - Foto REUTERS 

KUALA LUMPUR: Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 melanda wilyah itu, Selasa.
"Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah berada di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak," kata Abdullah Mohd Nawi ketika dihubungi Bernama.
Pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Canterbury itu berkata, beliau sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.
"Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans," katanya.
Beliau berkata orang ramai berpusu-pusu melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan bangunan jika berlaku gempa susulan.
"Ketika itu, hendak jalan memang sukar kerana terpaksa mengharungi air yang keluar di sebalik rumput akibat gempa bumi dan difahamkan ia adalah air kumbahan yang pecah di bawah tanah dan bayangkan situasi ketika itu yang amat busuk," katanya.
Beliau juga dapat melihat beberapa orang yang masih terperangkap dalam bangunan meminta tolong dengan melambai-lambai menggunakan baju agar dapat dilihat oleh pihak penyelamat.
Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur kerana selain beliau, isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.
Kejadian gempa yang melanda pada waktu tengah hari waktu tempatan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai terperangkap dalam bangunan yang runtuh.
Bagaimanapun Wisma Putra melaporkan semua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar berada dalam keadaan selamat. Ini merupakan kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas gegaran sekuat 7.1 pada skala Richter pada September lepas yang mengakibatkan kerosakan serius pada bangunan dan infrastrukturnya.
Sementara itu bekas editor bersekutu The Star, Hah Foong Lian yang mengikuti pengajian peringkat PhD di sana berkata, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Saya berada dalam keadaan baik. Agak terkejut dengan kejadian itu. Rumah yang saya diami juga masih utuh, tetapi di hujung jalan seorang wanita terbunuh di bawah runtuhan kedai buku," katanya menerusi emel kepada Bernama.
Katanya laporan media menyebut 65 terbunuh manakala 100 lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
"Keadaan seolah-olah bukan realiti kerana begitu banyak kemusnahan, tetapi tempat saya OK. Saya ke rumah jiran saya untuk mengikuti laporan berita. Kami semua berkumpul di situ bagi melihat kemusnahan yang melanda bandar raya menerusi televisyen.
"Memang sukar dipercayai kejadian ini berlaku lagi. Saya fikir kami berjaya mengharungi kejadian pertama tetapi kali ini agak teruk," katanya.
Hah berkata sesetengah daripada mereka juga takut untuk duduk bersendirian di dalam rumah kerana bimbang dengan gegaran susulan.
"Kita tidak tahu bila gegaran besar seterusnya akan berlaku, dan amat menakutkan jika anda terbangun dan mendapati anda berada di bawah timbunan runtuhan. Saya fikir tidak ada siapa pun di sini yang dapat tidur nyenyak malam ini," katanya.
Seorang lagi pelajar PhD dari Universiti Lincoln, Tuan Ahmad Tuan Ismail berkata situasi di sekitar bandar Lincoln yang terletak kira-kira 20 km dari Christchurch agak huru-hara.
"Jalan raya sesak, ada kawan saya terperangkap dalam kereta selama tiga jam semasa hendak ambil anak dia di tadika...situasi kacau-bilau apatah lagi sudah keluar arahan darurat yang mana semua kena duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar.
Katanya semua kedai dan pasar raya juga ditutup ekoran kejadian itu.
"Nasib baiklah saya baru beli baru-baru (keperluan harian) ini jadi adalah sedikit stok makanan," katanya. - BERNAMA

Tuesday, February 22, 2011

Pengawal terkejut jolok mayat bayi


KEJAM...anggota polis membawa mayat bayi yang ditemui di atas pam tandas.

PONTIAN: Seorang pengawal keselamatan mahu membuang air kecil terkejut menemui mayat bayi lelaki diselimuti tudung dan selendang di atas pam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Pontian-Benut, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Abdullah Kasek, 72, berkata, dia terpandang objek terkulai di atas pam itu sebelum mengambil kayu untuk menjolok. “Biasanya, sebelum memulakan tugas, saya akan memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan dalam keadaan baik termasuk tandas.

“Ketika masuk ke tandas untuk membuang air kecil, saya terpandang objek mencurigakan dan cuba menjolok sebelum terkejut apabila ia mayat bayi yang cukup sifat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Warga emas itu keluar dan memaklumkan penemuan itu kepada kakitangan wanita stesen berkenaan sebelum orang awam menghubungi polis.

“Saya tidak sangka ada manusia berperangai lebih keji daripada haiwan di muka bumi ini, jangan diperlakukan bayi tidak berdosa itu sedemikian rupa,” katanya. Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dia mendapati mayat bayi itu dalam keadaan bersih.

“Tiada kesan darah, malah tali pusatnya sudah dipotong dan saya berharap polis mengheret individu terbabit ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Daerah Polis Pontian ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.

“Pegawai kami dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan termasuk kemungkinan bayi lelaki itu sudah meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di atas pam tandas berkenaan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pontian (HP) untuk dibedah siasat,” katanya.

Jurucakap itu berkata, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih mengumpul maklumat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Monday, February 21, 2011

Rintihan isteri ditikam anak


BAHAU: “Suaranya yang merintih kesakitan semakin sayup di pangkuan saya dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah,” kata suami Jemelah Mohamad, 53, yang menjadi ‘korban’ anak lelakinya di rumah mereka di Felda Kepis, di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu itu amat menyayatkan hati apabila pekerja kantin sekolah berkenaan dikelar dan ditikam beberapa kali di dada menggunakan pisau oleh suspek berusia 28 tahun dipercayai mengalami masalah mental.

Lebih memilukan apabila mangsa yang ketika itu mahu tidur kerana kepenatan menjerit meminta pertolongan sebelum keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri walaupun parah. Akibat kecederaan teruk dialaminya, wanita berkenaan menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di hospital, kelmarin.

Menceritakan detik hitam berkenaan, suami mangsa, Sohaimi Maidin, 53, berkata dia dan isterinya berehat di rumah sambil menonton berita di televisyen. “Namun, dia (isteri) memberitahu mahu tidur di dalam bilik kerana kepenatan bekerja. Saya bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa dan mendengar suara seorang rakan dari luar mengajak untuk minum di warung. Ketika itu, saya berat hati untuk keluar dan hanya mahu bersembang dengannya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kata bapa kepada empat anak itu, tidak lama kemudian, dia tersentak apabila mendengar jeritan kuat mangsa meminta pertolongan dan segera masuk ke dalam rumah.

“Sejurus tiba di dalam bilik, saya terkejut apabila anak lelaki berada di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Selepas menghampirinya, saya mendapati dia (anak) memegang pisau sambil menikam dada mangsa yang berbaring. Tanpa berfikir panjang saya memukul dan menariknya manakala mangsa yang berlumuran darah bergegas keluar dari rumah,” katanya.

Menurut Sohaimi, anak kedua daripada empat beradik berkenaan ketika itu tidak melawan dan mendiamkan diri seolah-olah terkejut.

“Dengan bantuan jiran, saya membawa isteri ke hospital untuk rawatan kecemasan. Ketika itu, hati saya pilu melihat isteri yang dalam pangkuan merintih kesakitan. Jantung ini seperti mahu gugur apabila doktor di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia jam 1 tengah hari semalam (kelmarin)," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. ]- myMetro

Saturday, February 19, 2011

Tuduh anak pembawa sial


ULU TIRAM: Seorang kanak-kanak perempuan dianggap pembawa sial kerana berpenyakit kulit sejak dilahirkan, dilayan lebih teruk daripada haiwan dan menjadi mangsa deraan bapa kandungnya di Taman Puteri Wangsa di sini, sejak lebih 10 tahun lalu.

Bapa kanak-kanak berusia 12 tahun itu bukan saja memukulnya menggunakan kayu serta topi keledar, malah kanak-kanak malang itu dicucuh dengan besi panas.

Bagaimanapun, perlakuan kejam lelaki berusia 40-an itu terdedah selepas mangsa yang hanya dikenali sebagai Shatini mengadu nasib malang menimpanya kepada jiran sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tengah hari semalam.

Shatini yang menghidap penyakit kulit di kaki dan tangan didapati mempunyai 20 kesan luka lama dipercayai akibat penderaan fizikal. Menurut Shatini, bapanya memberi alasan dia diperlakukan sedemikian kononnya untuk mendidiknya lebih berdisiplin.

“Saya sudah lali dengan sikap panas baran bapa yang kerap memukul, menendang, memijak dan memaki hamun saya menggunakan perkataan lucah hampir setiap hari setiap kali pulang kerja. Berbeza dengan adik perempuan yang berusia lapan tahun, ibu dan bapa memanjakan dan menyayanginya kerana dia tidak memiliki sebarang kecacatan seperti saya,” katanya.

Shatini diberhentikan sekolah ketika tahun lima mendakwa, penderaan terbaru dialaminya kelmarin, selepas ibu bapanya bertengkar. Menurutnya, bapanya yang menuduh dia punca masalah itu memanaskan besi sebelum menekap besi itu pada tumitnya.

“Selepas itu, ibu (berusia 30-an) pula memukul saya menggunakan paip PVC pada paha,” katanya.

Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, sejak lebih setahun lalu, dia diarah tinggal di rumah dan membersihkan rumah ketika bapa serta ibunya keluar bekerja di Singapura.

“Bapa bekerja di bahagian pembersihan manakala ibu sebagai pengawal keselamatan. Saya hanya dibenar makan nasi dan lauk yang disimpan berhari-hari, kononnya bagi menjimatkan perbelanjaan. Ibu dan bapa mengatakan ia perlu dilakukan supaya mereka boleh mengumpul wang bagi mengubah suai rumah,” katanya.

Menurut Shatini, dia pernah bersekolah di sekitar bandar raya ini sehingga tahun empat sebelum dihantar ke Butterworth, Pulau Pinang, untuk tinggal bersama saudara ibu serta bersekolah di sana. Bagaimanapun, ia hanya untuk setahun sebelum dibawa pulang ke Johor awal tahun lalu, dengan alasan mahu disekolahkan di sini.

“Itu semua hanya alasan kerana sebenarnya saya dijadikan tempat bapa melepaskan geram,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, selepas Shatini diselamatkan pihaknya melaporkan kes dera itu di Balai Polis Pelangi Indah. “Kanak-kanak itu akan diberi perlindungan dan kesnya akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. Dia sudah dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan dan JKM juga akan mendapatkan maklumat daripada ibu bapanya secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Pelangi Indah mengesahkan menerima laporan itu dan akan mengambil keterangan ibu bapa kanak-kanak itu dalam tempoh terdekat. - myMetro

Friday, February 18, 2011

Siti Nurhaliza, Suami Hadiri Perasmian Masjid Bersama Sultan Kedah


Datuk Siti Nurhaliza
PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan hadir bagi mengikuti majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, Sabtu.
Masjid yang dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa, itu akan disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi.
Yayasan Nurjiwa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat berkata, masjid yang dibina sejak 2009 itu telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan.
“Sultan Kedah berkenan mencemar duli bagi merasmikan masjid berkenaan. Datuk Siti Nurhaliza dan juga suami akan hadir pada majlis itu,” kata kenyataan tersebut.
Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 adalah satu badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan suami isteri berkenaan.
Ia bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam.
Yayasan itu turut berfungsi dalam pembangunan agama khasnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung. - mStarOnline

Thursday, February 17, 2011

Dibelasah suami depan 2 anak


RAWAT...mangsa kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan stabil.

KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam. Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Suami mangsa yang tidak bekerja dan dipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberi wang untuk membeli dadah. Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empat hingga 17 tahun.

Abang mangsa yang datang ke rumah mangsa kira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiri dan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan. Berikutan itu, dia meminta izin suami mangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an, berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini (semalam) paling teruk. “Dalam pergaduhan sebelum ini, adik saya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itu tambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai.

“Tetapi kali ini, laporan polis akan dibuat,” katanya. Katanya, adiknya kini dirawat di wad kecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil.

Difahamkan, suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernah merakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenama terkenal.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan. - myMetro

Siswi gila lelaki bini 2


KUALA LUMPUR: “Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.

“Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang,” kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.

Nur, 24, yang baru menamatkan pengajiannya penghujung tahun lalu kini menyesal. Katanya, atas dasar cinta terhadap lelaki yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu, dia bukan saja sanggup berhabisan wang ringgit, malah sanggup menggadaikan maruah dirinya.

“Kami kerap menghabiskan masa bersama dengan pergi ke restoran mewah atas permintaan dia yang lebih gemar berjumpa di tempat tertutup dan kurang pengunjung bagi mengelak daripada bertemu dua isterinya. Saya akan menuruti setiap permintaannya termasuk kerap menginap di hotel bagi membuktikan rasa kasih dan sayang kepadanya, walhal pada masa sama perasaan takut sentiasa menyelubungi diri jika terjadi perkara tidak diingini,” katanya.

Nur berkata, semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama teman lelakinya itu termasuk bayaran makan dan minyak kenderaan akan menggunakan wangnya menyebabkan dia semakin terdesak untuk mendapatkan duit. “Dia kerap memberi alasan gaji bulanannya habis digunakan untuk menampung dua isteri dan anak-anak membuatkan saya terharu dan membelanjakan semua wang saya untuk dirinya.

“Sikapnya yang penyayang dan usia yang matang menjadi faktor saya terlalu cintakan dia selain dia berjanji menjadikan saya isterinya. Disebabkan itu, saya terlalu menyayanginya walaupun menyedari dia suami orang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, hubungan cinta mereka dihidu isteri kedua teman lelakinya yang pernah datang ke rumahnya memberi amaran selain mengugut untuk melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya hubungan itu diteruskan. “Saya tak gentar diugut, malah lebih bersemangat untuk mempertahankan hubungan cinta kami kerana terlalu percaya janji dan kata-kata manis diungkapkannya yang mahukan saya bersabar dengan semua dugaan,” katanya.

Nur berkata, hubungan mereka berjalan lancar hingga satu ketika teman lelakinya itu mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan dia seolah-olah gila hingga sanggup mencederakan dirinya sendiri. “Ketika itu, saya seperti mayat hidup kerana tidak mempercayai dia sanggup meninggalkan saya yang banyak berkorban terutama memberikan wang dan menuruti setiap permintaannya. Mujur mak dan abah banyak membantu dan memberikan semangat,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan pembelajarannya dengan sempurna baru-baru ini walaupun pernah melalui perjalanan hidup malang kerana diperdaya lelaki yang bersikap mengikis dan mempermainkan cintanya.

“Kini, saya bersyukur kerana berjaya melupakannya hasil bantuan dan semangat keluarga dan rakan-rakan selain berusaha memulakan perjalanan hidup baru ke arah lebih baik. Saya pernah bodoh disebabkan cinta dan selepas ini berazam untuk lebih berhati-hati memilih teman lelaki bagi mengelak mengulangi kesalahan lalu,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa Nur yang dihubungi berkata, mereka mengetahui mengenai masalah yang dihadapi anak mereka dan sudah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam untuk memulihkan semangat Nur. Ibunya dikenali sebagai Samiah berkata, masalah yang dihadapi Nur diketahui melalui rakan-rakannya.

“Mak cik mengesyaki sesuatu kerana dia jarang balik dan sering minta wang. Selain itu dia pernah mencuri barang kemas saya,” katanya. Selepas ini, menurutnya dia akan cuba memastikan dan menasihatkan Nur supaya tidak salah memilih teman lelaki. - myMetro

Wednesday, February 16, 2011

Dr Abdul Hayei Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011


Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu). - Foto THE STAR/UU BAN
PUTRAJAYA: Bekas Profesor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Abdul Hayei Abdul Sukor diumukan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2011 pada sambutan peringkat kebangsaan di sini, pada Selasa.
Abdul Hayei, 64, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang berharga RM3,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Semasa ditemui, Abdul Hayei meluahkan rasa syukur kepada Allah atas pemberian anugerah tersebut yang disifatkan sebagai bukti bahawa perkara kebaikan masih wujud.
“Saya tidak pernah berputus asa dan akan terus menjalankan kewajipan memberi sumbangan kepada agama dan negara.
“Ia adalah satu kewajipan bagi umat manusia yang mempunyai amanah untuk menyebarkannya di bumi Allah,” katanya.
Abdul Hayei juga merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan sangat aktif berdakwah menyampaikan syarahan agama, kuliah dan tazkirah di seluruh negara, selain menjawab persoalan agama menerusi laman web rasminya.
Selain itu, bekas pensyarah di UM daripada tahun 1980 hingga 2003 itu juga banyak memberikan sumbangan dalam penulisan artikel dan majalah ilmiah.
Beliau juga pernah menghasilkan sebuah kitab tafsir al-Quran versi bahasa Melayu bertajuk ‘Tafsir Pedoman Muttaqin’ dan karya-karya lain seperti ‘Hadith 40 Al-Nawawi, Tafsir dan Ulasan’, ‘Hadis Maudhu - Sejarah dan Konsep’ dan ‘Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran’.
Sementara itu, pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.
Wee berjaya memperoleh A dalam matapelajaran Bahasa Arab pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010. Foto THE STAR/ UU BAN
Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.
Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.
“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.
Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.
“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.
Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.
Selain Wee, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha, 60, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.
Juga menerima anugerah ialah, Profesor Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Profesor Dr Ismawi Zen, 58, yang pernah sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Msjidil Haram, Mekah pada tahun 2008 dan Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Pada majlis sama, dua wanita turut dipilih untuk menerima anugerah Maulidur Rasul 2011, iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Hasmah Abdullah, 59, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, 59.
Pada majlis sama, dua wanita turut dipilih untuk menerima anugerah Maulidur Rasul 2011, iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Hasmah Abdullah, 59, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, 59.
Hasmah menyifatkan penghargaan yang diterimanya sebagai satu pengiktirafan kepada kaum wanita.
Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.-mStar

Tuesday, February 15, 2011

Muslims arrested in Valentine's crackdown

KUALA LUMPUR: Malaysia has arrested nearly 100 Muslims in a religious crackdown on Valentine’s Day, officials said Tuesday, after Islamic authorities warned the celebration encourages “vice activities”. 


Raids across the capital and central Selangor state, saw 96 individuals detained for “khalwat”, or “close proximity”, an Islamic law barring Muslims from being alone with someone of the opposite sex other than their spouse.


The mass arrests came after religious authorities in the Muslim-majority nation warned against “immoral acts” during Valentine’s Day, saying they wanted to promote a sin-free lifestyle.


In Kuala Lumpur, religious enforcement officers raided budget hotels and public parks ahead of Valentine’s Day detaining 16 Muslims, mainly teenagers, a spokesman from the Federal Territory Islamic Affairs Department told AFP.


"The operation was part our regular raids to stop ’khalwat’,” said Asmawi Umar, adding the teenagers had paid around 50 ringgit  for a hotel room for two hours. In Selangor, 80 Muslims were rounded up during raids between midnight and 6am on Valentine’s Day, according to media reports, quoting state religious authorities.


They face up to two years in jail and a fine if convicted in an Islamic sharia court. Under Malaysia’s dual-track legal system sharia courts can try Muslims for religious and moral offences. More than 60 percent of the nation’s 28 million population are Muslim Malays.


Religious authorities last week launched a campaign called “Mind the Valentine’s Day trap” to condemn the celebration and said they would reject anything that contravenes Islamic teachings.


“In reality, as well as historically, the celebration of Valentine’s Day is synonymous with vice activities,” said Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, head of Malaysia Islamic Development Department, which oversees the country’s Islamic policies. - AFP


Pasangan paling pelik di dunia


DOMINIK SEJDA (kanan) dan Andrea Kajzarova dianggap pasangan paling pelik di dunia kerana kedua-duanya telah menukar jantina.

PRAGUE - Sepasang kekasih di Republik Czech layak digelar pasangan paling pelik di dunia kerana mereka jatuh cinta selepas kedua-duanya menjalani pembedahan menukar jantina.
Dominik Sejda, 45, atau nama asalnya Ilona Tomeckova, dilahirkan sebagai wanita pernah menjalani pembedahan menukar jantina untuk menjadi lelaki dan dia kini hidup bersama dengan seorang lelaki yang telah menukar jantina menjadi perempuan, Andrea Kajzarova, 32.
Sejda memainkan peranan sebagai lelaki manakala Andrea merupakan wanita dalam hubungan tersebut.
Mereka yang bekerja sebagai pembantu ambulans di dua hospital di sini, berkenalan dalam satu laman web pondan.
Lebih aneh, Sejda pernah melahirkan seorang anak lelaki 25 tahun dahulu, Radim, yang juga telah menjalani pembedahan untuk menukar jantinanya menjadi wanita. - Agensi


Gigi dicabut, tangan dicucuh


KUALA LUMPUR: Luluh dan hancur hati seorang bapa selepas anak perempuan yang dikahwinkan lima bulan lalu atas pilihan keluarga meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan kerana terdapat kesan luka akibat dicucuh dengan rokok pada tangan selain kuku tangan dan giginya dicabut.

Lebih pilu, wanita berkenaan, S Pakiam, 23, dipercayai menamatkan riwayat dan penderitaan dialami dengan minum racun di rumah mentuanya di Padang Serai, Kulim, Kedah tiga hari lalu.

Mayatnya dihantar untuk bedah siasat di Hospital Kulim tetapi laporan dari hospital tidak menyatakan apa-apa mengenai punca kematian itu.

Bapa mangsa, M Subramaniam, 51, terpaksa menangguhkan upacara pengebumian anaknya itu selepas tidak berpuas hati dengan laporan perubatan hospital berkenaan.

“Saya hanya mendapat berita anak kedua saya itu meninggal dunia pada malam Sabtu lalu kira-kira jam 11.30 malam, selepas dihubungi seorang anggota polis dari Balai Polis Padang Serai. Anggota itu memaklumkan anak saya mati akibat minum racun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Puchong, di sini semalam.

Menurutnya, sekiranya anak perempuannya mati disebabkan bunuh diri kenapa laporan perubatan tidak tercatat sedemikian. Katanya, lebih mengejutkan, pada mayat anaknya penuh dengan kesan dera seperti kuku dan gigi dicabut serta luka pada badan dicucuh rokok. “Itulah penderitaan yang anak saya perlu lalui sebelum menghembuskan nafas terakhir dipercayai selepas didera,” katanya.

Subramaniam berkata, anaknya berkahwin dengan menantunya lima bulan lalu selepas keluarga masing-masing bersetuju menjodohkan mereka. “Anak saya berkahwin dengan menantu selepas keluarganya (menantu) menyukai anak kedua saya itu dan kami terus bersetuju menyatukan mereka kerana beranggapan keluarga pihak menantu akan menjaganya dengan baik,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga kerap kali menghubungi anaknya itu, tetapi tidak dapat bercakap kerana keluarga mentua anaknya sering memberikan alasan dia tiada di rumah. “Setiap kali menghubungi telefon Pakiam, orang lain akan menjawabnya dan mengatakan dia tiada di rumah atau sedang sibuk,” katanya.

Menurutnya, sebaik mengetahui berita sedih itu, dia sekeluarga pergi ke Padang Serai untuk menuntut mayat anaknya itu. “Saya yang melihat keadaan mayat anak saya kemudian cuba membuat laporan polis berhubung kejadian itu selain tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang tidak menyatakan apa-apa tetapi polis enggan menerima laporan itu.

“Disebabkan itu kami terpaksa membawa pulang mayat Pakiam ke sini (Puchong) dan membuat laporan polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada keluarga mentua mangsa memaklumkan mangsa mati akibat minum racun. Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - myMetro

Related Posts with Thumbnails

heratBeat