aDs

aluan

Followers

Wednesday, November 3, 2010

Mahligai pendatang

BERDERET...rumah setinggan yang dibina pendatang di tepi Sungai Puchong
PUCHONG: Mencemarkan pandangan mata apabila puluhan rumah setinggan didirikan dipercayai didiami pendatang Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan dan kilang industri di tebing Sungai Puchong dekat Pangsapuri Angsana Hilir, di sini, sejak empat bulan lalu.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati lebih 10 unit rumah setinggan setingkat dan dua tingkat diperbuat daripada kayu didirikan yang terlindung di sebalik pokok besar.

Penduduk, Rozita Abd Razak, 38, berkata, pendatang berani mendirikan rumah setinggan itu kerana ia tersorok di sebalik pokok besar hingga tidak kelihatan penduduk sekitar.

Katanya, penempatan haram itu boleh mendatangkan pelbagai masalah sekiranya tidak dibendung kerana mereka mungkin akan menambah lagi bilangan rumah serta mengajak masyarakat mereka mendiami kawasan itu.

“Kita bukan tidak suka dengan pendatang asing tetapi kedatangan mereka yang sesuka hati mendirikan rumah boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk kecurian dan rompakan kerana pada masa ini pelbagai masalah jenayah berlaku di sini.

“Kami bukan mahu menuduh mereka melakukan jenayah, tetapi eloklah kita berjaga sebelum kena,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Angsana Hilir.

ITU DIA...seorang penghuni menunjukkan rumah setinggan pendatang di sebalik pokok besar
Menurutnya, penambahan warga asing di kawasan itu membimbangkan kerana menyebabkan jenayah kecil seperti kecurian berlaku hingga menakutkan penduduk terutama wanita.

Peniaga, Nasir Mohamad, 45, berkata, walaupun kedatangan setinggan tidak mengancam penduduk, ia memberi kesan pada masa akan datang kerana mereka berani mendirikan rumah dua tingkat diperbuat daripada kayu.

Katanya, kawasan tebing sungai diteroka boleh merosakkan ekosistem air kerana mungkin mereka menggunakan sungai sebagai punca air dan melakukan kegiatan harian.

“Kita tidak mahu kehadiran mereka memberi kesan kepada pelbagai pihak dan meminta pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi melegakan hati masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya akan membuat siasatan perumahan setinggan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Katanya, perumahan itu mungkin baru kerana Subang Jaya bersih daripada setinggan apabila semua penduduk dipindahkan ke perumahan yang disediakan.

“Pada masa ini tidak sepatutnya ada setinggan kerana dasar inflasi sifar sudah menghapuskan semuanya dan mungkin ia dibina oleh pendatang asing,” katanya.-myMetro

Kita mesti sentiasa peka dgn kawasan tempat tinggal kita....jgn bagi peluang mereka ini meneroka secara haram. Kalau dibiarkan boleh bertukar jadi kampung mereka pula.....

1 comment:

  1. wowoo....jgn kasi can mereka buat kg kat sini....mereka ni jenis yg x makan saman.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat