aDs

aluan

Followers

Tuesday, February 1, 2011

Tiada lagi suara emak


SUKAR...anggota bomba cuba menarik kenderaan mangsa yang dihanyutkan arus banjir, malam kelmarin

KULAIJAYA: “Dalam perbualan itu, Aw menyatakan kenderaan dipandunya terhumban ke dalam sungai dan dia gagal keluar dari kenderaan itu.

“Dia sempat memaklumkan lokasi kejadian dan tidak lama kemudian, perbualan dua beranak itu terputus,” kata seorang ahli keluarga mendiang Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi, yang maut apabila pacuan empat roda yang dipandunya ditolak arus banjir ke dalam Sungai Rahmat di Kampung Sri Rahmat, di sini, malam kelmarin.

Menurut ahli keluarga yang enggan dikenali itu, wanita terbabit menghubungi ahli keluarga ketika bertarung dengan maut dan bercakap dalam nada cemas ketika memberitahu seorang anaknya bahawa dia terperangkap di dalam Toyota Hilux yang dipandu ketika menyusur banjir.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan itu, anak Aw bergegas ke lokasi kejadian, tetapi pengusaha cendawan itu hilang dibawa arus bersama kenderaan terbabit. Katanya, ahli keluarga lain turut dihubungi anak Aw memberitahu kejadian itu.

“Kami ke sana, tetapi gagal berbuat apa-apa memandangkan arus terlalu deras dan menunggu bantuan pihak berkuasa,” katanya.

Saksi, Muslim Jaafar, 53, berkata ketika kejadian, dia membantu memindahkan mangsa banjir yang tinggal berhampiran lokasi berkenaan.

“Wanita terbabit memandu kenderaannya meredah banjir dan pada masa sama, arus semakin deras manakala hujan lebat menghalang pandangan pengguna jalan raya. Dia mungkin gagal mengawal kenderaan ketika melalui satu selekoh kerana tidak perasan jalan yang dilalui itu terlalu kecil sebelum terbabas dan dihanyutkan ke dalam lubang di situ sebelum ditolak arus ke sungai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata polis menerima maklumat mengenai Toyota Hilux dipandu seorang wanita dihanyutkan air deras ke dalam sungai pada jam 8.56 malam. - myMetro

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

heratBeat