aDs

aluan

Followers

Tuesday, February 1, 2011

Pasangan warga Peru tumpas


KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga Peru yang paling dikehendaki polis selepas terbabit beberapa kes curi beg tangan milik pelancong asing di Jalan Putra, di sini, sejak beberapa bulan lalu ditahan ketika berada dalam kereta di sebuah kawasan perumahan di Puchong, Serdang, baru-baru ini.

Sumber berkata, kedua-dua mereka yang berusia 30-an dan 40-an ditahan anggota yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 2 pagi.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, seorang daripada anggota polis berkenaan mengecam wajah mereka berdasarkan gambar suspek kes curi di Dang Wangi yang disiarkan Harian Metro.


Katanya, ketika ditahan, suspek tidak mahu memberi kerjasama menyebabkan anggota berkenaan menahan mereka sebelum membawanya ke Balai Polis Bukit Puchong untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, ketika ditanya, suspek pada mulanya tidak mengaku gambar yang disiarkan di dalam Harian Metro wajah mereka dan mendakwa mereka difitnah.

“Polis yang kemudian menunjukkan keratan akhbar yang dimaksudkan kepada mereka mendapati wajah mereka sama seperti di dalam akhbar sebelum menyoal mereka lebih lanjut.

“Mereka diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Polis percaya pasangan terbabit suspek yang diburu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. - myMetro

1 comment:

  1. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jth juga.
    dtg tmpt org buat jenayah....rasakan....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

heratBeat