aDs

aluan

Followers

Thursday, November 11, 2010

Banjir: Kedah bantu sampai pakaian dalam

Alor Setar ditenggelami air
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Dr. Hayati Othman (PAS-Pendang) menjelaskan, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menyediakan dapur gas, bantuan makan, malah juga keperluan-keperluan lain termasuk pakaian dalam kepada mangsa banjir negeri itu.

Beliau berkata demikian sebagai menambah celahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 di Dewan Rakyat pagi ini.

"Kita bukan sahaja bagi gas, benda-benda lain pun kita bagi, tuala wanita, kain batik, seluar dalam, baju dalam pun kita bagi.

"Saya terlupa nak bawa hari ini," katanya.

Mencelah sekali lagi, Mahfuz berkata, "nanti kita bawa kat menteri sekeping".

Kedua-dua mereka membangkit perkara itu bagi menjawab tuduhan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa kerajaan PAS Kedah lepas tangan dan lambat bertindak membantu mangsa banjir.

Mahfuz sewaktu mencelah sebelum itu berkata, tindakan Muhyiddin dan Shahrizat itu bukan sahaja menghina kerajaan negeri Kedah, malah juga kakitangan awam negeri itu.

Katanya, pemimpin Umno di peringkat pusat seolah-olah langsung tidak menghargai kakitangan awam yang bertungkus lumus menyampaikan bantuan yang disalur kerajaan negeri.


(Gambar: Ketua kampung Pakatan Rakyat, Saudara Leman (berbaju hitam berkain pelikat) bersama Pemuda PAS Kampung Belukar, Changloon, membantu angkatan tentera dari kem 305 bukit kayu hitam menurunkan bot untuk membantu mangsa banjir di kampung mereka pada malam pertama baniir besar menyerang Kedah. Foto Azlan Jan)

"Kita ucap terima kasih kerana tuduhan itu menyebabkan kemarahan kakitangan kerajaan negeri Kedah kepada Umno BN.

"Mereka pagi, malam berendam air bah tetapi dinafikan pimpinan Umno pusat," katanya.

Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jelasnya hanya membantu mangsa banjir tidak lebih dari beras, sardin dan telur, namun tidak menyediakan dapur gas untuk memasak.
Kerajaan negeri bagaimanapun bertindak segera menyediakan kemudahan tersebut bagi memudahkan mangsa yang dipindahkan.

"Masalah dia, dapur tak bagi. Saya tak tahu la kerajaan masih fikir orang kampung masak pakai kayu api.

"Sedangkan kerajaan negeri sedia dapur gas" katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Bagi Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), tindakan mengatakan kerajaan Kedah lepas tangan adalah keterlaluan.

"Kita masih ingat, banjir di Johor 2006. Kita bantu sana dua fasa, kita tak pernah pun mengeluarkan perkataan kata kerajaan BN Johor tak ambik tahu. Tak pernah begitu.

"Kami bukan nak mintak puji sangat kerajaan Kedah, kita cuma mahu keadilan diberikan, jangan sampai kata lepas tangan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam memaklumkan kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM2 juta membantu mangsa banjir. - 
Nazri Abdullah (Harakahdaily)

Wednesday, November 10, 2010

Bersatu dalam doa Hari Arafah

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini.
Atas keyakinan 'doa adalah senjata orang Islam', muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah.
Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity.
"Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran.
"Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan," kenyataan dalam web mereka dipetik.
Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut.
"Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita.
"Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?" soalnya.
Pada hari tersebut juga, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa. - Harakahdaily
Marilah bersama2 tegakkan Islam.....semuga Allah mengabuli doa kita......

Tuesday, November 9, 2010

Banjir: MB Kedah bidas publisiti murahan Muhyiddin

ALOR SETAR, 9 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas perangai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat.

Beliau menyifatkan, Muhyiddin dan Umno hanya menginginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya. Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya.

"Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya dalam satu interbiu bersama akhbar rasmi PAS, Harakah.

Minggu lepas, seramai 50,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat bencana banjir terburuk dalam sejarah negeri. Rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri ‘lembap’ dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir. 

Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan bahawa kenyataan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk bermain politik.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin untuk mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan, sambil menambah bahawa timbalan perdana menteri telah pergi ke tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera Barisan Nasional di Stadium Sultan Abdul Halim.

"Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," bidas Azizan.- HarakahDaily


Biasa la politik...... laporan media arus perdana memang berat sebelah..... kami tahu.... Allah lagi tahu.... banyakkan bersabar..........

Monday, November 8, 2010

16 mangsa bot karam selamat

Mohamad Daniel Aiman Mohd. Zulkifli yang kemudian diberi rawatan akibat kecederaan yang dialami sebaik tiba di Pangkalan Marin Wilayah 3, Kemaman, Terengganu, semalam. – utusan/AZLAN BAHRUM

KEMAMAN 7 Nov. – Jaket keselamatan serta pengalaman menyelam berjaya menyelamatkan 15 pelancong dan seorang tekong bot daripada mati lemas semasa bot mereka naiki karam pada kedudukan 10 batu nautika (18.5 kilometer) dari Pulau Tenggol, Dungun petang semalam.

Mereka termasuk seorang wanita hamil, Noraini Sosilawati Siregar Suffian, 30, dan anak lelakinya, Mohamad Daniel Aiman, 4, yang terpaksa terapung kira-kira 16 jam sambil berpaut sesama sendiri dalam kesejukan dan cemas dilambung ombak dalam kepekatan malam dan hujan lebat.

Mereka yang dilaporkan hilang lewat petang semalam akhirnya berjaya dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) berada pada kedudukan 16 batu nautika (29.6 kilometer) ke selatan pulau itu dan diselamatkan kira-kira pukul 10 pagi ini.

Kejadian penuh dramatik itu bermula kira-kira pukul 6.30 petang ketika ribut dan hujan lebat, selepas 20 minit bot mereka bertolak dari Pulau Tenggol menuju ke Kuala Dungun untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Tekong bot, Mohd. Zulfadli Yahya, 29, menyedari bot yang mereka naiki itu bocor selain mengalami kerosakan enjin.

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila bot berkenaan dipenuhi air menyebabkan mereka semua memutuskan untuk terjun ke dalam laut dan berpaut dalam satu kumpulan sebelum bot itu tenggelam dalam tempoh tidak sampai 10 saat.

Mohamad Daniel yang terkapai-kapai terpaksa dipegang dan disambut secara bergilir-gilir di kalangan mangsa bagi menyelamatkannya daripada lemas.

Mangsa yang terdiri daripada sembilan lelaki, enam wanita serta seorang budak lelaki. Mereka ialah Salman Mohd. Kassim, 42; Muhamad Aman Muhami, 36; Azhar Ahmad, 45; Mazli Abd. Malik, 33; Mohd. Zulkifli Mat Daud, 33; Loo Kit Choong, 54; dan Badrulhisham Shariman, 40.

Lain-lain mangsa ialah Ayud Haida Sulaiman, 35; Dr. Anis Shafina Mahfuz, 29; Noraini Sosilawati, Norazimimah Abdul serta dua lagi yang hanya dikenali sebagai Maria dan Aida.

Mereka merupakan pelancong dari Kuala Lumpur yang bergerak dalam beberapa kumpulan ke Pulau Tenggol pada Jumaat lalu untuk mengikuti aktiviti menyelam skuba sebelum dijadual pulang petang semalam.

Komander PGM Wilayah Timur, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Mat Jani berkata, dalam kejadian itu, tiga daripada mangsa mengalami kecederaan kritikal termasuk dua beranak iaitu, Noraini Sosilawati dan Mohamad Daniel Aiman.

“Ketika ditemui, kesemua mangsa berada dalam satu kumpulan sambil berpaut dan terapung di tengah-tengah laut dan mereka berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke jeti Pangkalan PGM di Kemaman kira-kira pukul 11.15 pagi ini,” katanya kepada pemberita di pangkalan itu hari ini.

Beliau memberitahu, sejurus tiba di pangkalan itu, kesemua mangsa diberi rawatan serta merta sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Mohd. Salleh berkata, sebelum kejadian itu berlaku, kesemua mangsa dilaporkan mengunjungi Pulau Tenggol secara berasingan sebelum membuat keputusan untuk pulang serentak dengan menaiki sebuah bot jenis D-Guardian (Catamaran) TKT 00467 P yang berukuran 27 meter panjang.

Katanya, sejurus pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 8.10 malam tadi mengenai kejadian itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan segera oleh pasukan PGM, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat selain menggunakan sebuah helikopter.

“Sehinggalah ditemui, kesemua mereka selamat. Mujurlah mangsa memakai jaket keselamatan selain tenang, berpaut sesama mereka di tengah laut sebelum diselamatkan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjalankan operasi menyelamat kerana mereka telah bertindak dengan pantas dan berkesan sehingga semua nyawa dapat diselamat. - Utusan Malaysia

Thursday, November 4, 2010

Tiang gol ragut nyawa

KEPALA BATAS: “Beberapa hari lalu, dia beritahu dapat nombor dua dalam peperiksaan tahunan dan di sekolah dia aktif,” kata bapa saudara Mohd Khairi Iskandar Onzek, 8, yang meninggal dunia pagi semalam kerana kecederaan dialami akibat ditimpa tiang gol di sekolahnya, Isnin lalu.

Shahizan Mohd Said, 29, yang ditemui di Taman Sri Desa berkata, selepas kejadian jam 12 tengah hari itu, Mohd Khairi dihantar ke Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. 
“Saya dimaklumkan Mohd Khairi kehilangan banyak darah dan doktor memberitahu dia bukan saja cedera, malah saraf otaknya rosak dan itu antara sebab dia meninggal dunia,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa terjatuh sebelum dihempap tiang gol menyebabkannya mengalami pendarahan di hidung dan telinga, selain kecederaan dalaman.

Guru sekolah yang dimaklumkan kejadian itu menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.

Bagaimanapun, keadaan mangsa bertambah teruk menyebabkan dia dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia jam 8 pagi semalam.

Tinjauan Harian Metro di sekolah berkenaan mendapati dua tiang gol diikat tali penghadang selain dilekatkan notis ‘Awas’.
RAGEDI...tiang gol yang menimpa Mohd Khairi Iskandar sehingga meragut nyawanya dalam kejadian Isnin lalu.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pajak Song, jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menerima laporan kematian mangsa pagi semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan, tiada unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - myMetro

Wednesday, November 3, 2010

Mahligai pendatang

BERDERET...rumah setinggan yang dibina pendatang di tepi Sungai Puchong
PUCHONG: Mencemarkan pandangan mata apabila puluhan rumah setinggan didirikan dipercayai didiami pendatang Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan dan kilang industri di tebing Sungai Puchong dekat Pangsapuri Angsana Hilir, di sini, sejak empat bulan lalu.

Tinjauan Metroplus di kawasan berkenaan mendapati lebih 10 unit rumah setinggan setingkat dan dua tingkat diperbuat daripada kayu didirikan yang terlindung di sebalik pokok besar.

Penduduk, Rozita Abd Razak, 38, berkata, pendatang berani mendirikan rumah setinggan itu kerana ia tersorok di sebalik pokok besar hingga tidak kelihatan penduduk sekitar.

Katanya, penempatan haram itu boleh mendatangkan pelbagai masalah sekiranya tidak dibendung kerana mereka mungkin akan menambah lagi bilangan rumah serta mengajak masyarakat mereka mendiami kawasan itu.

“Kita bukan tidak suka dengan pendatang asing tetapi kedatangan mereka yang sesuka hati mendirikan rumah boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk kecurian dan rompakan kerana pada masa ini pelbagai masalah jenayah berlaku di sini.

“Kami bukan mahu menuduh mereka melakukan jenayah, tetapi eloklah kita berjaga sebelum kena,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Angsana Hilir.

ITU DIA...seorang penghuni menunjukkan rumah setinggan pendatang di sebalik pokok besar
Menurutnya, penambahan warga asing di kawasan itu membimbangkan kerana menyebabkan jenayah kecil seperti kecurian berlaku hingga menakutkan penduduk terutama wanita.

Peniaga, Nasir Mohamad, 45, berkata, walaupun kedatangan setinggan tidak mengancam penduduk, ia memberi kesan pada masa akan datang kerana mereka berani mendirikan rumah dua tingkat diperbuat daripada kayu.

Katanya, kawasan tebing sungai diteroka boleh merosakkan ekosistem air kerana mungkin mereka menggunakan sungai sebagai punca air dan melakukan kegiatan harian.

“Kita tidak mahu kehadiran mereka memberi kesan kepada pelbagai pihak dan meminta pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi melegakan hati masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya akan membuat siasatan perumahan setinggan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Katanya, perumahan itu mungkin baru kerana Subang Jaya bersih daripada setinggan apabila semua penduduk dipindahkan ke perumahan yang disediakan.

“Pada masa ini tidak sepatutnya ada setinggan kerana dasar inflasi sifar sudah menghapuskan semuanya dan mungkin ia dibina oleh pendatang asing,” katanya.-myMetro

Kita mesti sentiasa peka dgn kawasan tempat tinggal kita....jgn bagi peluang mereka ini meneroka secara haram. Kalau dibiarkan boleh bertukar jadi kampung mereka pula.....

Tuesday, November 2, 2010

Pukau: Hati-hati lelaki berkopiah

RAKAMAN kamera litar tertutup di sebuah bank yang menunjukkan seorang lelaki berkopiah yang didakwa memukau seorang peniaga sehingga kerugian RM2,100 di Shah Alam, baru-baru ini
SHAH ALAM 1 Nov. - Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik seorang lelaki berkopiah berusia lingkungan 50-an yang disyaki memukau mangsa ketika mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) di bandar raya ini.


Dalam kejadian terbaru, seorang pengusaha kedai runcit mendakwa menjadi mangsa pukau lelaki itu ketika mendepositkan wang hasil perniagaannya berjumlah RM5,000 di sebuah bank di Seksyen 14 di sini.

Ketika kejadian, mangsa mendakwa dia tiba-tiba ditepuk dari belakang oleh seseorang dan sebaik sahaja dia menoleh, seorang lelaki berpakaian kemas menegurnya konon cara dia memasukkan wang itu salah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa kemudian menyerahkan wang sejumlah RM5,000 kepada suspek sebelum ia dikembalikan semula kepada mangsa.

Menurut beliau, mangsa kemudian memasukkan semula wang itu ke dalam mesin deposit tanpa menyedari bahawa wang itu sudah berkurangan.

"Apabila transaksi berjaya, mangsa mendapati jumlah yang tertera pada resit hanya RM2,900 manakala baki RM2,100 sudah lesap.

"Ketika itu, mangsa mendakwa terdapat dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang melindung perlakuan suspek daripada dilihat orang ramai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Azam memberitahu, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di bank tersebut, polis mendapati seorang lelaki berkopiah putih dan dua lagi rakannya berada di belakang mangsa ketika kejadian.

Beliau menyeru orang ramai agar berhati-hati jika ingin mendepositkan wang, lebih baik pergi ke kaunter jika ingin memasukkan wang dengan jumlah yang banyak kerana kes seumpama itu kerap berlaku.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memberikan wang kepada orang yang tidak dikenali.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Sarjan Fuzi Daud di talian 03-55102222 bagi membantu siasatan.-Utusan Malaysia

Aduh.....senangnya nak kebas duit org....buang la kopiah atas kepala tu.....buat malu melayu aje.....dah ada gambar.....jadi hati2 la teman dgn orang ini....
Related Posts with Thumbnails

heratBeat