aDs

aluan

Followers

Thursday, December 30, 2010

Lelaki usia 51 tahun mandi dalam ais


KETULAN ais diletakkan di sekeliling tubuh Wim Hof di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Pemegang sembilan rekod dunia mandi dalam ais, Wim Hof dari Belanda membuat promosi di sini semalam.
Hof yang berusia 51 tahun menunjukkan kemahirannya dengan mandi dalam ais dengan tujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai pemanasan global.
Dalam aksinya itu, dia berendam di dalam tangki kaca yang dipenuhi dengan ais. - Reuters

Monday, December 27, 2010

Peluang bangkit tipis – Riedl

Pemain-pemain skuad kebangsaan meraikan kemenangan mereka menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Bukan kerana pancaran laser tetapi kerana gol pertama, itulah alasan yang diberikan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Malaysia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jurulatih berasal dari Austria itu mengakui pemainnya tersentak dengan gol sulung Malaysia pada minit ke-62 dan segalanya berubah dengan serta-merta sehingga mereka bolos buat kali kedua dan ketiga dalam tempoh empat minit.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia. Ia sebenarnya adalah perlawanan yang biasa tetapi akibat gol pertama pasukan lawan semuanya serba tidak menjadi buat kami, Malaysia bertambah yakin pemain saya pula semakin keliru,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Jelasnya, ia memang saat yang sukar sebaik sahaja pasukan lawan mula menjaringkan gol, walaupun perlawanan bermula dengan biasa tetapi dalam bola sepak ia boleh menjadi sukar buat sesetengah pasukan.

“Memang pancaran laser mengganggu pemain kami, tetapi itu sebelum gol Malaysia dijaringkan, selepas ia dihentikan dan disambung semula kami terus melepaskan gol, sejak dari itu semuanya menjadi teruk.

“Masalah laser ini sesuatu yang buruk dalam arena bola sepak, tetapi ia menjadi lebih buruk apabila pasukan anda mula melepaskan gol, saya akui agak sukar untuk kami bangkit semula di Jakarta,” katanya.

Riedl berkata, peluang pasukan mereka sangat tipis, mereka perlu mengambil risiko untuk melakukan apa sahaja yang boleh agar dapat mengimbangi semula jaringan ini.

“Saya juga akan duduk berbincang dengan pemain, bertanyakan kepada mereka apa masalah yang melanda mereka, adakah mereka terkejut dengan jaringan pertama atau ada masalah lain,” ujarnya.

Ditanya sama ada bermain buat pertama kali di luar Indonesia dalam kejohanan ini menjadi punca kepada kekalahan mereka, Riedl menjawab itu bukan alasan utama mereka tewas, sebaliknya semuanya sama sahaja.

“Ini adalah perlawanan seimbang, 50-50, siapa sahaja boleh mencatatkan kemenangan, tetapi kami akan melakukan apa sahaja walaupun peluang untuk bangkit agak tipis,” katanya.

Riedl juga sempat meluahkan rasa kekecewaannya kepada media Indonesia kerana terlalu mengganggu pemainnya.

Saturday, December 25, 2010

Dua beradik peluk kekasih

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.

Monday, December 20, 2010

Lekat di bumbung

JEMPOL: Seorang penunggang motosikal ‘terbang’ sebelum melekat dan menemui ajal di atas bumbung kereta dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di Kilometer 13, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Muhamad Fadli Arbian, 20, mati serta-merta akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian melakukan siasatan selepas menerima maklumat mengenai kemalangan.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari Batu Kikir menghala Kuala Pilah termasuk laluan bertentangan.

“Berikutan itu, motosikal Honda EX5 yang ditunggangnya bertembung dengan Proton Gen2 menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, pemandu Proton Gen2 berusia 39 tahun tidak cedera dan membuat laporan polis selepas kejadian serta diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan itu dan pada masa sama meminta kerjasama saksi kejadian supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang beralamat di Kuala Pilah dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Zulfaqar Ismail, 24, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi seseorang menggunakan telefon bimbit arwah.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan sebelum melihat adik ipar masih bernafas. Tidak lama kemudian pegawai perubatan yang berada di situ memaklumkan arwah meninggal dunia,” katanya. -myetro

Saturday, December 18, 2010

AS negara paling dibenci dunia

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) kini merupakan negara yang paling dibenci oleh masyarakat antarabangsa.

Ini kerana, menurut beliau, negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan dan kebebasan itulah yang sebenarnya melanggar segala nilai-nilai perjuangan tersebut.

Selain itu, jelasnya, AS juga telah menggunakan pelbagai pendekatan jelik semata-mata untuk menjaga kepentingan Israel.

"Sepatutnya, AS mengetuai negara dunia melalui bantuan kepada mereka yang miskin dan lemah, memperkayakan dunia menerusi penerokaan teknologi serta mencipta nilai hidup yang baik tanpa kekerasan terutama dalam menyelesaikan permasalahan antara negara.

"Presiden AS, Barack Obama yang menjanjikan perubahan sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun terutama dalam hal pendekatan peperangan dan tidak mematuhi norma-norma antarabangsa

"Jelas sekali, perubahan presiden dan parti pemerintah di AS tidak akan membawa perubahan kepada polisi dan fahaman negara tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam blognya, http://chedet.co.cc, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, di Palestin, AS bertindak mempertahankan Israel tanpa menghiraukan tindakan rejim Yahudi yang secara terang-terangan melakukan kekejaman dan mencabuli undang-undang antarabangsa.

"Israel membina penempatan haram di atas tanah milik Palestin, memusnahkan perkampungan, merampas tanah, membunuh serta menekan ribuan rakyat Palestin.

"Mereka juga menyerang kapal yang membawa misi kemanusiaan di perairan antarabangsa. Mengapa Israel bebas melakukan kekejaman itu?

"Ini kerana AS menyokong mereka dari belakang. Sehingga seorang aktivis warganegara mereka terbunuh akibat digilis jentolak tentera Israel pun AS tidak melakukan apa-apa protes,'' ujarnya.

Kata beliau, selain Palestin, bumi Afghanistan dan Iraq juga pernah digempur oleh tentera AS sehingga menyaksikan banyak nyawa terkorban dan harta awam musnah.

"Sasaran seterusnya adalah Iran. Pelbagai cara dilakukan oleh AS untuk menekan negara itu yang kononnya didakwa membangunkan program nuklear.

"Sekarang, AS menghala pula ke Korea Utara. AS sebenarnya yang merancang dan telah mengadakan latihan ketenteraan di perairan berdekatan Korea Utara. Ia sebagai satu bentuk ancaman supaya Korea Utara menyerah diri kepada AS,'' tambahnya.

Beliau berkata, ketika ini, banyak demonstrasi bantahan dilakukan terhadap AS dan negara itu kini paling tidak disukai atas apa yang mereka lakukan kepada masyarakat dunia. - Utusan

Doa Nabi Nuh untuk anaknya

Ini adalah sekadar peringatan dan renungan buat aku mengharungi hidup2 yg mendatang, agar aku x leka.....

ALLAH SWT mengutuskan Nabi Nuh untuk menyeru kaumnya supaya beriman kepada-Nya. Akan tetapi mereka enggan menurut seruan Nabi Nuh termasuklah keluarganya sendiri. Hanya sebilangan sahaja yang menerima seruan Nabi Nuh dan beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu hari Nabi Nuh berkata kepada anaknya Kan'an: "Wahai anakku, berimanlah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia sahaja yang berhak disembah."

"Aku tidak akan menyembah Tuhanmu," jawab anaknya.

Nabi Nuh tidak berputus asa dan terus menjalankan dakwahnya namun tetap tidak diterima oleh kaum dan keluarganya. Sehinggalah suatu ketika, Nabi Nuh berdoa kepada Allah SWT supaya tidak meninggalkan seorang pun daripada azab Allah.

Sekiranya mereka terus hidup, pasti mereka akan terus melakukan kemungkaran dan menyesatkan hamba-hamba Allah SWT yang lain.

Maka Allah SWT memakbulkan doa Nabi Nuh dan memerintahkan Nabi Nuh agar membuat sebuah kapal. Dengan segera Nabi Nuh membuat kapal dengan menggunakan kayu dan paku. Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya membuat kapal itu sehingga siap dan sempurna.

Setelah kapal itu siap, Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya naik ke atas kapal itu dan membawa bersama binatang-binatang ternakan. Kemudian turunlah hujan yang sangat lebat.

Dalam masa yang singkat, air memenuhi negeri mereka sehingga tenggelam rumah-rumah dan bukit-bukit. Sedangkan ketika itu Nabi Nuh bersama pengikut-pengikutnya sudahpun berada di atas kapal.

Ketika Nabi Nuh berdiri tinggi di atas kapal, baginda terpandang anaknya terkapai-kapai di dalam banjir yang besar itu. Oleh kerana belas kasihan, Nabi Nuh pun memanggil anaknya itu: "Wahai anakku, marilah naik kapal bersama-sama kami, janganlah kamu kufur dan mengingkari perintah Allah SWT lagi. Janganlah kamu mengikut orang-orang yang ingkar itu."

"Aku akan mendaki gunung yang tinggi itu sehingga aku terlepas daripada banjir besar ini," jawab anaknya.
"Sesungguhnya hari ini tidak ada seorang pun yang akan selamat kecuali yang mengikuti aku dan mereka yang dirahmati Allah SWT sahaja," kata Nabi Nuh lagi.

Selepas Nabi Nuh berkata-kata, anaknya pun lenyap daripada pandangan baginda. Anaknya telah ditenggelami banjir.
"Ya Allah, bukankah Kan'an itu anak aku dan daripada keluarga aku sendiri," rintih Nabi Nuh. Baginda merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu daripada keluargaku sendiri dan bahawa janji-janji-Mu adalah benar dan Engkaulah sebijak-bijak hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya."

Dengan itu Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Nuh bahawa Allah SWT hanya memberi pertolongan kepada orang-orang beriman sahaja.

Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu bukanlah daripada keluargamu (kerana dia telah memutuskan hubungan denganmu disebabkan kekufurannya), sesungguhnya amalannya bukanlah soleh, maka janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak tahu mengenainya. Sebenarnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan. (Nuh: 46)

Nabi Nuh insaf dan memohon ampun kepada Allah SWT. Kaumnya tidak dapat diselamatkan lagi. Mereka yang ingkar itu telah tenggelam dalam banjir besar tersebut.

Tuesday, December 14, 2010

87,583 bankrap kerana kad kredit

Wow.....seramai 87,583 individu diisytiharkan muflis @ bankrap dan daripada jumlah itu 4,651 atau 5.1% diisytiharkan muflis kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober 2010.

Adakah anda tergolong dalam kategori ini?

Ekoran daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda.

Masa guna kad kredit memang best.....tambah pulak bank asyik approve aje bila memohon lebih dari satu kad kredit. Bankers berlumba-lumba nak tambah pemiutang....jadi mereka ada apa hal akan risiko yang bakal ditanggung, baik pemiutang dan juga sipemberi hutang....

Bayi ditemui di lorong tandas hospital

KLANG 14 Dis. - Seorang bayi lelaki yang dibalut badannya dengan kain tuala dan kain batik lusuh ditemui di lorong tandas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata, bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan HTAR pada pukul 4 pagi.

"Bayi berkulit cerah seberat 3.85 kilogram dan tidak diketahui bangsanya itu ditemui dalam keadaan sempurna tubuh badan dan tiada kecederaan pada tubuh.

"Tiada nota atau dokumen ditemui pada bayi yang tidak mempunyai parut suntikan BCG itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad berkata, bayi itu dimasukkan ke HTAR dan keadaannya dilapor stabil. - Bernama

Gempar buaya tembaga muncul di Teluk Chempedak

KUANTAN 14 Dis. - Orang ramai yang berkunjung ke Pantai Teluk Chempedak di sini gempar dengan kemunculan seekor buaya tembaga seberat 200 kilogram yang terdampar di persisiran pantai itu malam tadi.

Reptilia sepanjang lebih tiga meter yang tersesat dari habitatnya itu ditemui terdampar di di kawasan berbatu di tebing pantai tersebut.

Penolong Pegawai Pertahanan Awam (JPAM) Kuantan, Mohamad Irwanis Seni berkata, seramai lapan anggotanya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 8 malam tadi. - Utusan

Friday, December 10, 2010

Nahas timpa ayah, ibu berulang

BATU PAHAT: “Kemalangan ini hampir sama dengan apa yang berlaku pada ibu bapa arwah apabila kereta mereka naiki terbabas ke dalam gaung berhampiran Jalan Pedas-Senawang, Negeri Sembilan dua tahun lalu,” kata ibu saudara mangsa kemalangan maut, Sulaiman Besah@Kitam, 46.

Dalam kemalangan dua tahun lalu, Kitam Ali dan Siti Aminah Abu Bakar yang berusia lingkungan 70-an, cedera ringan, namun ternyata nasib tidak menyebelahi anak mereka, Sulaiman, yang meninggal dunia dalam kemalangan di kilometer 124.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Pagoh, dekat sini, pagi semalam.
 
Ibu saudara Sulaiman berusia 50-an yang enggan dikenali itu berkata, mangsa anak kedua daripada 10 beradik dan kejadian itu adalah kematian pertama dalam keluarga mereka.

“Siapa sangka, biasanya orang berkata yang tua akan pergi dulu tetapi dalam hal ini, anak pula meninggal dunia sedangkan ibu bapanya yang sudah berusia lanjut masih hidup,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Batu Pahat di sini, semalam.

“Apa pun, kami sekeluarga reda dengan kejadian ini dan percaya setiap kejadian mempunyai hikmahnya,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Batu Pahat di sini, semalam.

Sepupu arwah, Mohd Hafiz Mohd Idris, 29, berkata ketiga-tiga mangsa adalah teman sekerja di sebuah syarikat perunding teknologi maklumat serta komunikasi dan mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru atas urusan kerja.

“Saya sendiri tidak tahu secara khusus tetapi difahamkan arwah dalam perjalanan ke Johor Bahru membuat pembentangan kertas kerja berkaitan perniagaan,” katanya.

“Sebelum Zuhur, saya dihubungi seorang saudara dari Kuala Lumpur meminta saya membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa sama ada betul atau tidak arwah terbabit dalam kemalangan kerana dia mendapat tahu mengenai kejadian itu tetapi tidak pasti kesahihannya.

“Sebaik menerima panggilan itu, saya membuat pemeriksaan di Hospital Batu Pahat dan mendapat pengesahan kemalangan yang menimpa arwah,” katanya.

Menurutnya, arwah Sulaiman baru saja pulang dari menunaikan haji pada 1 Disember lalu dan sebelum ini arwah banyak menceritakan pengalamannya di Tanah Suci sekembalinya ke tanah air.

Katanya, jenazah arwah dijangka dikebumikan di kampung asalnya di Sungai Tongkang, Rengit, selepas selesai semua urusan tuntutan jenazah.

Sementara itu di Petaling Jaya, anak kedua kepada seorang lagi mangsa, Azam Md Fu’at mengatakan ayahnya, Md Fu’at Ahmad ke Johor atas urusan perniagaan bersama rakan niaganya dan seorang pekerja.

Menurutnya, keluarga mendapat tahu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1 petang.

Menurut polis, kemungkinan kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas.

“Kami sendiri masih tidak tahu punca sebenar kejadian kerana tiada saksi ketika itu,” katanya.

Katanya, urusan menuntut jenazah ayah dilakukan oleh saudara mara di Johor dan selepas bedah siasat selesai lebih kurang jam 7 malam, mereka bertolak dari Hospital Batu Pahat ke Kelana Jaya.

“Jenazah ayah akan dikebumikan di kampung bapa saudara di Kajang, Selangor,” katanya. - myMetro

Pelajar maut selepas selesai ambil SPM

IPOH — Seorang pelajar yang baru selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Km 28.6 Jalan Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungai Siput semalam.
Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Wan Ishak berkata, Mohd Azam Ahmad Loothpi, 17, dari Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput, mati di tempat kejadian dalam nahas pada 4.30 petang itu.
Pelajar Sekolah Menengah Toh Muda Abdul Aziz itu mengalami cedera parah di badan dan kepala. Mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.
Wan Abdulah berkata kejadian berlaku ketika motosikal Mohd Azam merempuh belakang sebuah kereta yang membelok ke kanan jalan.
"Akibat itu, dia jatuh dan dirempuh sebuah kereta lain,” katanya.
Ketika kejadian, Mohd Azam dalam perjalanan ke rumahnya selepas selesai mengambil peperiksaan SPM di sekolahnya. - Bernama

Kahwin awal: Kerajaan Melaka tidak berganjak

ALOR GAJAH 9 Dis. - Melaka tetap dengan pendirian menggalakkan remaja berkahwin awal biarpun keputusan tersebut akan mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sewajarnya berdiam diri kerana langkah itu diyakini mampu membendung kegiatan maksiat di kalangan remaja.

"Pihak yang tidak bersetuju dengan langkah ini adalah mereka yang tidak faham konsep perkahwinan awal, ia semata-mata bagi mengelak perbuatan zina, kita tidak boleh larang anak-anak remaja ini yang berhasrat untuk berkahwin awal.

"Kita bimbang, jika kita larang keinginan mereka ini, mereka akan terjebak dalam perbuatan zina yang akhirnya membawa kepada kes pembuangan bayi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Pembinaan Karakter Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Permata Resort Alor Gajah yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di sini hari ini.

Mohd. Ali mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri menggalakkan remaja berkahwin awal bagi mengelak perbuatan zina yang akhirnya menyumbang kepada kes buang bayi.

Bagi melaksanakan hasrat itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat keputusan memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Selain itu, kata Mohd. Ali, langkah pihaknya menggalakkan perkahwinan pada usia muda tiada kaitan dengan keinginan seks terhadap kanak-kanak.

''Kita galakkan remaja yang sudah cukup usia berkahwin awal, ini tiada kena mengena dengan gejala keinginan seks terhadap kanak-kanak," katanya.

Beliau meminta pihak yang membantah hasrat kerajaan negeri itu memahami pelaksanaan konsep perkahwinan awal yang semata-mata bagi mencegah perbuatan maksiat.

Mohd. Ali turut menawarkan RM500 kepada remaja yang berhasrat untuk berkahwin awal selaras dengan kempen kerajaan negeri menggalakkan perkahwinan pada usia muda demi membendung perbuatan zina. - Utusan Malaysia

Wednesday, December 8, 2010

Tertinggal tangan

SAKIT...suspek ditemui terbaring ketika ditahan. Gambar kecil, pergelangan tangan yang ditemui di lokasi kejadian.

JERTIH: Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Pengkalan Gaduh, dekat sini, mungkin tidak sedar dia tertinggal pergelangan tangan kirinya selepas ditetak pemilik rumah berkenaan sebaik menyedari kediamannya diceroboh, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku selepas pemilik rumah yang juga penternak ikan dalam sangkar itu berang sebaik melihat seorang lelaki sedang mengumpil tingkap rumahnya sejurus terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi pelik. 

Menceritakan kejadian berkenaan, penternak yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia tidur bersama enam ahli keluarga lain sebelum terjaga kira-kira jam 3 pagi.

“Kerana mengesyaki sesuatu, saya terus mengambil parang dan keluar melalui pintu utama sebelum melihat seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah dan saya terus melibaskan parang.“Dia yang menyedari kehadiran saya memusingkan badan ke arah saya menyebabkan libasan itu terkena pergelangan tangan kiri dan ketika terkena libasan, lelaki berkenaan langsung tidak menjerit sebaliknya terus melarikan diri,” katanya.

Katanya, dia melihat pergelangan tangan mangsa jatuh di halaman rumah dan mengesyaki lelaki itu tidak menyedarinya kerana panik dengan kehadirannya.

“Dia mungkin panik untuk menyedari pergelangan tangannya putus,” kata pemilik rumah itu yang membuat laporan polis kira-kira jam 4 pagi di Balai Polis Kampung Raja, di sini.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan memeriksa kawasan sekitar serta menemui pergelangan tangan suspek lalu dihantar ke Hospital Besut (HB) pada jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Che Zakaria berkata, gerakan mengesan suspek dilakukan berdasarkan bukti dan gambaran diperoleh dari mangsa sebelum serbuan dilakukan di sebuah chalet berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 9 pagi.

“Berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota polis menyerbu kawasan terbabit sebelum mereka terdengar tangisan seorang wanita di chalet itu dan menemui suspek terbaring dengan tangannya ditutup dengan bantal,” katanya.

“Selepas diperiksa, kami mendapati lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Bintang, Permaisuri, Setiu itu tidak mempunyai pergelangan tangan menyebabkan kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Wanita yang ditahan bersama suspek berusia 15 tahun dan berasal dari Kampung Cerang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, mendakwa dirinya isteri suspek berkenaan.

Selepas ditahan, suspek yang mengalami pendarahan teruk akibat terkena tetakan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, bersama pergelangan tangan untuk penyambungan semula.

Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati suspek bersama teman wanitanya baru menyewa di chalet itu dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan siasatan lanjut akan dijalankan sejurus dia selesai menjalani rawatan.-myMetro

'Mak saya disembelih'


Harapkan pagar yg makan padi....harapkan dapat membantu menjaga ibu, ibu pula dibunuh......

Gejala pembantu rumah membunuh majikan agak membimbangkan walaupun kes2 begini boleh dikatakan terpencil....

Kalau tidak mampu laksanakan tugas sebagai pembantu rumah buat apa memohon jawatan tersebut.

Pekerjaan ini memerlukan kesabaran yg tinggi tambahan pula membela warga emas.

Ikutilah kisah yg mengerikan dilink ini.

Saturday, December 4, 2010

Balu Shamrin Lahirkan Bayi Lelaki

PETALING JAYA: Balu penyanyi Shamrin (Fotograf) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Akmal Shamrin pada 1 Disember lalu di Hospital Serdang.
Jazriatul Akma Abu Saman selamat melahirkan anaknya yang ketiga di Hospital Serdang pada 1 Disember lalu.
Semasa majlis pengebumian Shamrin pada 12 November lalu, Jazriatul Akma Abu Saman,29, sempat memberitahu, dia akan menamakan anak ketiganya itu dengan nama Shamrin sempena nama arwah suaminya.
Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada 11 November lalu setelah rebah di padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan Allahhyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.
Hasil perkahwinan dengan Jazriatul, mereka turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Akmal Danish,5 dan Akmal Shamim, 18 bulan.
Selain itu, Shamrin turut mempunyai seorang lagi anak bernama Siti Najwa,17, hasil perkahwinan pertamanya. Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ mStar

Suami terpana belaian mak nyah

KUALA LUMPUR: “Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,” kata seorang wanita.

Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan ‘bencong’. 

Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.Lin berkata, suaminya yang bekerja sendiri mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.

“Mulanya saya tidak curiga kerana kami sudah lama berkahwin, namun perangainya mula berubah apabila dia semakin jarang untuk ‘bersama’ saya.

“Malah, ada kalanya dia lebih selesa tidur di ruang tamu dan jarang berbual dengan saya dan anak-anak. Bila ditanya dia memberi alasan kepenatan, sakit badan dan macam-macam lagi.

“Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengannya, apatah lagi dia kerap kali menyembunyikan dua telefon bimbitnya daripada saya setiap kali ia berbunyi,” katanya.

Lin berkata, segala-galanya terbongkar apabila dia mendapatkan nombor telefon bimbit yang sering menghubungi suaminya dengan melakukan semakan pada bil diterima.

“Saya menghubungi satu nombor yang kerap tertera dalam bil berkenaan sebelum ia dijawab suara seakan-akan wanita. Apabila diajukan soalan, ‘wanita’ bersuara sedikit garau itu memperkenalkan diri sebagai Yuni. Namun, apabila ditanya lebih lanjut, dia yang bercakap dengan loghat Indonesia mematikan telefon.

“Saya yang masih tak berpuas hati menghantar SMS bertanyakan identiti dan hubungannya dengan suami saya, namun tidak dijawab. Berikutan itu, saya minta bantuan adik menyiasat dan mengekori suami setiap kali dia keluar rumah,” katanya.

Menurutnya, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan seorang pondan jelita yang berpeleseran di Lorong Haji Taib 2, di sini.

“Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan berkenaan hampir setiap malam.

“Saya diberitahu, suami menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan terbabit di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu,” katanya.

Menurutnya, dia yang menjejaki pondan terbabit akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut itu menjaja tubuh di kaki lima kawasan terbabit dengan bayaran RM50 sekali perkhidmatan.

“Saya tak dapat bayangkan apa yang ditawarkan pondan itu kepada suami saya, namun yakin ia menyebabkan suami saya ketagih. Saya dilayan seolah-olah tidak wujud padahal saya juga inginkan perhatiannya.

“Jika ikutkan hati mahu saja saya mengupah orang memukul pondan terbabit, namun bimbang ia akan lebih mengeruhkan rumah tangga kami. Apa yang saya tahu pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta,” katanya.  myMetro

Thursday, December 2, 2010

Isteri mula lembut hati

CEDERA...Che Ku Zaimah bersama anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam. Gambar kecil, Mohd Irfan Firdaus

Isteri tertuduh kes simbah asid yang mengakibatkan kecederaan kekal ke atas dirinya dan dua anak mengaku sudah berlembut hati terhadap suaminya selain mengaku membuat kunjungan terhadap tertuduh yang kini ditahan di Penjara Marang.

Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, mengaku perasaan marah terhadap suaminya itu tidak ada lagi seperti ketika kejadian pada 15 Ogos lalu, malah di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid yang menyoalnya di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap suaminya yang menghadapi dua lagi pertuduhan menyimbah asid terhadap dua anaknya pada kejadian sama, mengaku ada melawat tertuduh bersama anak-anaknya.

Bagaimanapun, ketika ditanya wartawan, dia memberitahu akan meneruskan tuntutan fasakh terhadap lelaki berkenaan, malah ketika diberi peluang bertemu tertuduh di mahkamah semalam, dia yang ditemani ibu dan dua anaknya menolak pelawaan untuk bersemuka dengan tertuduh. Cerita selanjutnya, klik sini.

Bila aku tengok wajah2 mereka ni....simpati sungguh....sayu pun ada....
Sedikit kasih pun agaknya tak ada kat hatinya....hingga tergamak mencacatkan wajah anak2 sendiri demi nafsu amarahnya....
Yang menyakitkan hati tu dalam tv semalam....dia boleh senyum2 dan gelak, siap angkat tangan kat wartawan tu selepas dijatuhkan hukuman....sampai orang rumah aku naik angin....
Orang rumah aku nya hukuman senang aje....ambil asid tu curah balik kat dia.... biar dia rasa pulak camna sakitnya.......
Kalau nak tengok wajah sang ayah & suami durjana ni.....hah..inilah dia.....


MAT HAIZAN...tertuduh
Hai...berhati2 lah wanita di luar sana....jgn terjebak dgn dia ni.... mana tahu, nasib yg sama bakal menimpa anda.....

Related Posts with Thumbnails

heratBeat