BATU PAHAT: “Kemalangan ini hampir sama dengan apa yang berlaku pada ibu bapa arwah apabila kereta mereka naiki terbabas ke dalam gaung berhampiran Jalan Pedas-Senawang, Negeri Sembilan dua tahun lalu,” kata ibu saudara mangsa kemalangan maut, Sulaiman Besah@Kitam, 46.
Dalam kemalangan dua tahun lalu, Kitam Ali dan Siti Aminah Abu Bakar yang berusia lingkungan 70-an, cedera ringan, namun ternyata nasib tidak menyebelahi anak mereka, Sulaiman, yang meninggal dunia dalam kemalangan di kilometer 124.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Pagoh, dekat sini, pagi semalam.
Ibu saudara Sulaiman berusia 50-an yang enggan dikenali itu berkata, mangsa anak kedua daripada 10 beradik dan kejadian itu adalah kematian pertama dalam keluarga mereka.
“Siapa sangka, biasanya orang berkata yang tua akan pergi dulu tetapi dalam hal ini, anak pula meninggal dunia sedangkan ibu bapanya yang sudah berusia lanjut masih hidup,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Batu Pahat di sini, semalam.
“Siapa sangka, biasanya orang berkata yang tua akan pergi dulu tetapi dalam hal ini, anak pula meninggal dunia sedangkan ibu bapanya yang sudah berusia lanjut masih hidup,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Batu Pahat di sini, semalam.
“Apa pun, kami sekeluarga reda dengan kejadian ini dan percaya setiap kejadian mempunyai hikmahnya,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Batu Pahat di sini, semalam.
Sepupu arwah, Mohd Hafiz Mohd Idris, 29, berkata ketiga-tiga mangsa adalah teman sekerja di sebuah syarikat perunding teknologi maklumat serta komunikasi dan mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru atas urusan kerja.
“Saya sendiri tidak tahu secara khusus tetapi difahamkan arwah dalam perjalanan ke Johor Bahru membuat pembentangan kertas kerja berkaitan perniagaan,” katanya.
“Sebelum Zuhur, saya dihubungi seorang saudara dari Kuala Lumpur meminta saya membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa sama ada betul atau tidak arwah terbabit dalam kemalangan kerana dia mendapat tahu mengenai kejadian itu tetapi tidak pasti kesahihannya.
“Sebaik menerima panggilan itu, saya membuat pemeriksaan di Hospital Batu Pahat dan mendapat pengesahan kemalangan yang menimpa arwah,” katanya.
Menurutnya, arwah Sulaiman baru saja pulang dari menunaikan haji pada 1 Disember lalu dan sebelum ini arwah banyak menceritakan pengalamannya di Tanah Suci sekembalinya ke tanah air.
Katanya, jenazah arwah dijangka dikebumikan di kampung asalnya di Sungai Tongkang, Rengit, selepas selesai semua urusan tuntutan jenazah.
Sementara itu di Petaling Jaya, anak kedua kepada seorang lagi mangsa, Azam Md Fu’at mengatakan ayahnya, Md Fu’at Ahmad ke Johor atas urusan perniagaan bersama rakan niaganya dan seorang pekerja.
Menurutnya, keluarga mendapat tahu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1 petang.
Menurut polis, kemungkinan kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas.
“Kami sendiri masih tidak tahu punca sebenar kejadian kerana tiada saksi ketika itu,” katanya.
Katanya, urusan menuntut jenazah ayah dilakukan oleh saudara mara di Johor dan selepas bedah siasat selesai lebih kurang jam 7 malam, mereka bertolak dari Hospital Batu Pahat ke Kelana Jaya.
“Jenazah ayah akan dikebumikan di kampung bapa saudara di Kajang, Selangor,” katanya. - myMetro
dah sampai ajal....x kira tua atau muda....alfatihah buat mereka yg terkorban.....
ReplyDeleteal-fatihah....
ReplyDelete