aDs

aluan

Followers

Friday, October 21, 2011

Drebar mengantuk rempuh bas, dua kereta


SEBUAH bas kilang (kiri) yang datang dari arah bandaraya yang hilang kawalan merempuh sebuah bas kilang dan dua buah kereta yang berhenti di lampu isyarat berhampiran Fasa Empat kawasan perindustrian Bayan Lepas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu empat pekerja kilang cedera dan dirawat di Hospital Pulau Pinang. Foto: Bernama (20/10/2011)
SEBUAH bas kilang (kiri) yang datang dari arah bandaraya yang hilang kawalan merempuh sebuah bas kilang dan dua buah kereta yang berhenti di lampu isyarat berhampiran Fasa Empat kawasan perindustrian Bayan Lepas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu empat pekerja kilang cedera dan dirawat di Hospital Pulau Pinang. Foto: Bernama (20/10/2011)

GEORGETOWN: “Saya terdengar dentuman kuat disusuli jeritan rakan-rakan yang berada dalam bas ketika itu. Kami bergegas turun kerana bimbang ia terbakar,” kata pekerja kilang, Murni Hayati Zainal Abidin, 27, menceritakan kemalangan membabitkan dua bas kilang dan dua kereta berhampiran lampu isyarat Kawasan Perindustrian Fasa IV, Bayan Lepas, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 6 pagi itu, rakannya, Noraini Razali, 40-an, patah kaki dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala tiga lagi rakan cedera ringan.

Menurutnya, bas terbabit yang boleh memuatkan 40 penumpang hampir penuh ketika kemalangan berlaku dan dia bersyukur tiada kejadian buruk yang menimpa mereka.

“Mujur kami semua selamat dan hanya Noraini agak parah, manakala saya dan rakan lain diberi rawatan sebagai pesakit luar,” katanya yang ditemui di Wad Kecemasan HPP.

Ketika kemalangan, bas kilang dinaiki Murni Hayati berhenti di lampu isyarat namun tiba-tiba datang sebuah lagi bas kilang merempuh bahagian kanan belakang bas terbabit sebelum ia terbabas dan melanggar lampu isyarat.

Difahamkan, dua bas terbabit membawa pekerja kilang elektronik yang sama dan satu daripadanya yang hilang kawalan membawa pekerja warga asing. Pemandu bas berkenaan dikatakan mengantuk sebelum dia hilang kawalan dan merempuh bas satu lagi.

Rempuhan kuat itu menyebabkan seorang pekerja kilang tercampak keluar dari bas dan menyebabkan dua kerusi tercabut serta tercampak ke tengah jalan.

Dua kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu turut mengalami kerosakan, tetapi pemandu dan penumpangnya tidak mengalami kecederaan serius.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kemalangan berkenaan dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti puncanya. 

“Kita akan mengambil keterangan daripada pemandu dan beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan,” katanya. - myMetro

Thursday, October 20, 2011

Derita buah zakar terlampau besar


MENDERITA...Warren berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika berada di luar rumah
MENDERITA...Warren berdepan dengan pelbagai kesukaran ketika berada di luar rumah
LAS VEGAS: Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.

Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.

Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram. Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.

Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.

Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.

“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa. Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.

“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.

Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008. “Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau. - TS

Tuesday, October 18, 2011

Perdaya isteri rakan


MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.

Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.

“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.

“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.

Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.

“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.

“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.

Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya. - myMetro

Aishwarya tarik minat kaki judi

AISHWARYA kelihatan berisi dalam foto yang dirakam di Mumbai pada 9 Oktober lalu.

AISHWARYA RAI yang dijadual melahirkan anaknya menjelang bulan November ini bukan sahaja mengujakan kaum keluarga, sahabat dan para peminatnya tetapi juga golongan kaki judi.


Ini kerana aktres jelita itu kini semakin hampir kepada tarikh untuk melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinannya dengan aktor Abhishek Bachchan yang dijangka sekitar minggu kedua bulan November nanti.


Sumber berkata: "Kaki judi kini sedang sibuk untuk bertaruh bahawa Aishwarya akan melahirkan anak sulungnya itu menjelang 11 November ini kerana taksub dengan tarikh yang boleh ditulis sebagai 11.11.11 itu."


"Satu lagi tarikh yang menjadi pilihan kaki judi dalam bertaruh untuk kelahiran anak sulung Asihwarya adalah pada tarikh yang jatuh pada Hari Kanak-Kanak iaitu pada 14 November ini." - KOSMO

Luluh hati lihat jasad suami

HIBA...Norhanisah sayu melihat mayat suaminya. Gambar kecil, Shahrul Hisham.
HIBA...Norhanisah sayu melihat mayat suaminya. Gambar kecil, Shahrul Hisham.


MELAKA: “Luluh hati saya ketika tiba ke tempat kejadian dan melihat tubuhnya terbujur kaku ditutup dengan plastik hitam. Malah, lebih mengecewakan apabila mengenangkan arwah tidak sempat melihat anak ketiganya yang bakal lahir.

“Sebelum ini, dia pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga koma dan menyatakan sekiranya sekali lagi terbabit kemalangan, nyawanya akan terancam kerana kepalanya sensitif,” kata isteri kepada mangsa kemalangan maut, Shahrul Hisham Daud, 22.

Norhanisah Nordin, 21, yang baru disahkan mengandung sebulan berkata, ketika kejadian suaminya baru menghantarnya bekerja di pasar raya di Cheng jam 2.45 petang sebelum terbabit dalam kemalangan jam 3.30 petang itu.

“Sebelum ini, dia tidak pernah menghantar saya sehingga ke kaunter tempat bekerja, namun hari ini (kelmarin) dia beriya-iya mahu ikut hingga ke kaunter, tetapi saya tidak menghiraukan permintaannya.

“Malah, sejak kebelakangan ini, suami lebih banyak berdiam diri sehingga kami jarang berbual dan saya tidak sangka perubahan itu petanda suami meninggalkan kami selamanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.- myMetro

Lari tinggal 2 anak


PETALING JAYA: Seorang wanita terpaksa berpisah dengan dua anaknya selepas melarikan diri akibat tidak tahan dibelasah suami di kediaman rakannya di Damansara Damai, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun menumpang di rumah rakannya itu selama lebih dua minggu selepas melarikan diri bersama dua anaknya akibat tidak tahan dipukul suaminya.

Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi selepas mangsa mendapat panggilan telefon daripada suaminya menyuruh dia turun berjumpa dengannya.

Mangsa akur dan turun bertemu suaminya dengan membawa bersama dua anak mereka sebelum berlaku pertengkaran kecil. Ketika itu, suami mangsa yang naik marah menumbuk perut dan menampar mukanya.

“Suaminya turut mencekik mangsa sebelum wanita itu menolaknya dan melarikan diri meninggalkan kedua-dua anaknya bersama lelaki itu,” katanya. 

Menurutnya, sebelum kejadian, keluarga suami mangsa pernah datang ke rumah berkenaan dua minggu lalu dan mengugut akan ‘menyemadikan’ mangsa sambil melontarkan kata-kata kesat kepadanya.

“Bapa mentua mangsa turut memberi amaran supaya tidak mendekati suaminya lagi berikutan lelaki itu sudah beristeri baru dan hidup bahagia,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa yang melarikan diri ke rumah seorang lagi rakannya di Jinjang, dekat sini, membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. - myMetro

Friday, October 14, 2011

Bangkok siap sedia hadapi banjir

KEADAAN wat Chaiwattanaram di bandar Ayutthaya yang terletak 80 kilometer di utara Bangkok yang ditenggelami air kelmarin. - AFP


BANGKOK - Para pekerja dan anggota tentera Thailand bertungkus-lumus membina tembok-tembok penghadang di sini semalam berikutan banjir yang menenggelami sekitar satu pertiga negara berkenaan kini mengancam ibu negara Thailand tersebut.
Sekurang-kurangnya 238 orang terkorban di Thailand akibat hujan lebat, banjir dan banjir lumpur sejak akhir Julai lalu. Situasi bertambah buruk sejak beberapa minggu lalu apabila beberapa kawasan industri besar telah ditenggelami air, sekali gus menjejaskan ekonomi negara.
Selepas mengadakan pertemuan dengan barisan menteri, Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha memberitahu wartawan bahawa tembok penghadang di tiga kawasan paling berisiko dilanda banjir di sini sudah hampir siap dibina.
"Kami berbincang mengenai pelan perpindahan untuk membantu penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Chao Phraya. Kami sedia untuk bertindak sekiranya berlaku kecemasan.
"Apa yang membimbangkan ialah air pasang besar akan berlaku bermula hari ini hingga 19 Oktober depan. Kami perlu mengalirkan air banjir ke laut secepat mungkin," jelas Chan-ocha.
Air banjir dari utara Thailand diramal tiba di bandar raya itu pada hujung minggu ini bersama air pasang. Keadaan pasti diburukkan lagi dengan ramalan ribut dan hujan lebat sepanjang tempoh tersebut.
Bangkok menyumbang sekitar 41 peratus ekonomi Thailand. Sebarang gangguan serius terhadap kehidupan di ibu kota berkenaan dikhuatiri boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi Thailand.
Dalam perkembangan berkaitan, wilayah Ayutthaya di utara bandar raya itu teruk dilanda banjir dengan sekurang-kurangnya tiga tapak industri besar terpaksa ditutup buat sementara waktu.
Sebuah kilang kamera digital SLR milik Nikon Corp dan kilang pemasangan kereta Honda Motor Co. Ltd. di lokasi tersebut telah ditutup.
Setakat ini, pengarah jabatan saliran dan pembentungan Bangkok, Sanya Cheenimit berkata, banjir di tiga daerah timur bandar raya ini kebanyakannya berlaku di kawasan pertanian.
"Saya ingin menyatakan bahawa situasi banjir di sini masih terkawal.
"Semua 50 daerah di sini bersedia dengan pelan perpindahan tetapi setakat ini, tiada tanda-tanda bahawa kita perlu berpindah," katanya.
Lebih dua juta penduduk terjejas dalam banjir di seluruh Thailand dengan bekalan asas di beberapa kawasan turut berkurangan ekoran banyak jalan raya ditenggelami air. - Reuters

Related Posts with Thumbnails

heratBeat