aDs

aluan

Followers

Thursday, July 21, 2011

Kepala dicakar biawak


PENDANG: “Biawak itu melompat ke arah anak saya menyebabkan kepalanya cedera dipercayai terkena kuku haiwan itu,” kata Nor Faizah Aziz, 17, ibu kepada bayi perempuan berusia dua bulan yang cedera kepala terkena kuku biawak yang memasuki rumahnya di Taman Seri Mas, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, bayi terbabit, Eryna Insyirah Mohd Redzuan sedang tidur di atas katil dalam sebuah bilik di rumah itu manakala Nor Faizah sedang memasang langsir di ruang tamu.

Nor Faizah berkata, ketika sedang menggantung langsir dia terdengar bunyi sesuatu sedang mencakar tikar di bahagian tepi ruang tamu.

“Saya memeriksa dan terkejut mendapati seekor biawak sepanjang kira-kira satu meter di situ,” katanya. Reptilia itu yang turut terkejut dengan kehadiran Nor Faizah, berlari masuk ke bilik tempat anak tunggalnya itu sedang tidur.

“Selepas memanjat katil anak saya, ia terus bersembunyi di bawah katil.

“Saya segera mendapatkan anak saya yang ketika itu sedang menangis selain terdapat kesan luka dan darah di kepalanya,” katanya yang membawa anaknya itu ke klinik berhampiran.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang, Izzudin Inus Meah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam11.45 pagi dan sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Kami mengambil masa lima minit untuk menangkap biawak itu dan ia agak sukar kerana ia bersembunyi di bawah katil,” katanya. - myMetro

Wednesday, July 20, 2011

Suami pesan rahsiakan kematian

ZAINI dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka selepas mengaku salah kerana tidak mendaftar kematian suaminya.
ZAINI dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka selepas mengaku salah kerana tidak mendaftar kematian suaminya.
AYER KEROH: Seorang wanita memberitahu Mahkamah Majistret di sini, semalam, dia menyembunyikan mayat suaminya selama empat hari di rumah mereka di Jalan Kampung Batu Berendam, dekat sini pada Oktober lalu sebagai memenuhi permintaan suaminya itu.

Zaini Malek, 48, seorang pengawal keselamatan, bagaimanapun mengakui dia tidak tahu punca suaminya, Abd Halim Manan, 70, mengarahkannya berbuat demikian, tetapi bersetuju mematuhinya.

“Sebelum meninggal dunia, arwah suami menghidap pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang dan darah tinggi. Sepanjang menderita sakit itu, arwah tidak mahu sama sekali mendapat rawatan lanjut di hospital atau klinik.

“Namun, arwah berpesan supaya tidak memberitahu sesiapa jika dia meninggal dunia dan saya lakukan seperti dia minta,” katanya ketika disoal oleh Majistret Muhammad Hazri Hanafi sejurus selesai mengemukakan rayuan terhadap hukuman kesnya itu.

Zaini didakwa atas tuduhan gagal mendaftarkan kematian Abd Halim antara 3 Oktober hingga 6 Oktober 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 35 (e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian yang boleh membawa hukuman denda RM250 bagi setiap kesalahan jika disabitkan ke atas dirinya.

Pendakwaan kes itu dilakukan Pegawai Pendakwa Muhather Mohd Kudus manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Menjawab soalan tambahan majistret berkenaan, Zaini mengakui dia sedar dan tahu jenazah arwah suaminya perlu disempurnakan segera dan dikebumikan sejurus selepas kematiannya pada tarikh 3 Oktober itu. 

“Saya tahu jenazahnya (Abd Halim) perlu disempurnakan tetapi tidak mampu melakukannya pada ketika itu. Entahlah, mungkin juga saya sudah dirasuk syaitan kerana seorang diri ketika itu,” katanya yang kelihatan dalam keadaan keliru dan susah hati ketika memberi jawapan berkenaan. 

Dalam rayuan terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan kepadanya, Zaini yang ketika ini hidup seorang diri dengan menyewa rumah di Jalan Kampung Batu Berendam di sini, berkata dia tidak berkemampuan membayar denda. 

Muhather dalam jawapan balasnya, bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kesalahan dilakukan tertuduh. 

Selepas membuat pertimbangan termasuk pengakuan bersalah wanita itu, Muhammad Hazri menjatuhkan hukuman denda RM250 dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara selama tiga hari. 

Pada 7 Oktober lalu, akhbar melaporkan penemuan mayat warga emas berhampiran sebatang pokok pisang di Jalan Kampung Batu Berendam di sini, dalam keadaan busuk dibungkus dengan plastik sampah.  - BHarianOnline

Nash Ajak Muhasabah Diri Dengan ‘Anugerah Ramadan’

Nash meraikan perkahwinan anaknya, Fareena Nasha dengan pasangan pada Sabtu lalu di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Turut serta adalah bekas isterinya, Hayati. - Foto SHAARI CHE MAT
PETALING JAYA: Penyanyi Nash (Lefthanded) atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 51, mengajak peminat bermuhasabah diri apabila dia menampilkan “single” terbarunya berjudul Anugerah Ramadan yang bakal muncul sebelum bulan Ramadan ini.
Lagu yang diterbitkan oleh Hijjaz Records itu dicipta sepenuhnya oleh Isman dari kumpulan Hijjaz.
“Selepas lebih lima tahun tidak menghasilkan lagu baru, kali ini saya bakal muncul dengan lagu “Anugerah Ramadan” yang lebih menjurus kepada muhasabah diri dan mengingatkan kita kepada Allah.
“Biasanya jarang penyanyi tempatan yang tampil dengan lagu khusus untuk bulan Ramadan kerana pada saya bulan itu paling menginsafkan diri berbanding bulan Syawal,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya: “Jadi, saya mengambil inisiatif ini atas pelawaan daripada kumpulan Hijjaz. Dalam bulan Ramadan ini, kita digalakkan bermaaf-maafan dan bertaubat serta menjaga amalan yang baik.”
Pada 15 Julai lalu, Nash baru sahaja menerima menantu apabila anak sulungnya, Fareena Nasha, 23, dinikahkan dengan A Rahman Fauzi, 26, di Masjid Negeri Shah Alam.
Nash yang menikahkan sendiri pasangan tersebut akui terharu memandangkan dia berjaya membesarkan anaknya dan menunaikan tanggungjawab sebagai bapa tunggal selepas berpisah dengan isteri pertamanya.
“Saya rasa terharu kerana anak saya sudah besar dan syukur alhamdulillah kerana segala-galanya berjalan dengan lancar.
“Saya rasa seperti sudah lepas tanggungjawab apabila dia sudah berkahwin dan mendoakan mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya yang melangsungkan majlis resepsi perkahwinan anaknya itu di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Nash memohon maaf kepada rakan-rakannya yang tidak dijemput kerana tidak mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka.
“Saya seronok dapat bertemu dengan kawan-kawan lama dan ramai juga yang datang pada hari itu tetapi saya mohon maaf kerana ada juga yang terlepas pandang dan mungkin tidak dijemput disebabkan saya tidak mempunyai nombor telefon dan alamat mereka.
“Pada mulanya saya bercadang untuk menjemput rakan-rakan dan saudara-mara terdekat sahaja tetapi tidak sangka pula 5,000 orang yang datang pada hari itu,” ujarnya dalam majlis yang turut dihadiri oleh bekas isterinya, Hayati Mohamad Yusof, 46.
Menyelit sedikit tentang kehidupan peribadi Nash, dia yang pernah gagal dua kali dalam perkahwinan tidak menolak jodoh sekiranya diizinkan Allah.
“Saya bersyukur dengan kehidupan ini yang harus diteruskan walau apa pun yang berlaku dan saya tetap akan berusaha untuk mencari rezeki demi membesarkan dua lagi anak yang masih tinggal bersama-sama saya,” katanya. - mStarOnline

Tuesday, July 19, 2011

Puting di tapak kaki wanita

PUTING  pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun.
PUTING pada tapak kaki wanita berusia 22 tahun.

LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.

Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.

Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya. Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online. Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.“

Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ 
pix_topright
“Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” 

Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.

“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi

Remaja bercumbu awal pagi

PASANGAN berasmara di Taman Esplanade Tanjung Api menjelang awal pagi.
PASANGAN berasmara di Taman Esplanade Tanjung Api menjelang awal pagi.
KUANTAN: Taman Esplanade Tanjung Api, di sini, yang baru dibuka beberapa bulan lalu kini dicemari dengan kehadiran pasangan remaja menjadikan beberapa kawasan terlindung di taman rekreasi itu untuk melakukan maksiat menjelang awal pagi walaupun taman berkenaan berhampiran masjid.

Malah, lebih memalukan apabila ada segelintir mereka dikatakan sanggup melakukan maksiat di kawasan berbatu dan tiang konkrit di jeti terapung kawasan masjid berhampiran taman berkenaan atau menceroboh bot nelayan di sekitar taman rekreasi itu.

Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Li, berkata ramai nelayan di kawasan itu terserempak dengan pasangan remaja yang sedang bercumbu terutama ketika awal pagi antara jam 2 pagi hingga jam 5 pagi. 

"Selalunya pada waktu berkenaan, keadaan taman rekreasi itu agak lengang dan tidak ramai pengunjung kecuali kaki pancing dan pasangan berkenaan memilih lokasi yang gelap dan terlindung untuk berpelukan dan bercumbuan dengan pasangan masing-masing. 

"Antara lokasi yang menjadi pilihan mereka adalah di sebalik tiang konkrit di jeti terapung serta kawasan batu di hujung taman ini yang terletak berhampiran masjid," katanya. 

Namun, katanya, ada juga pasangan yang terdesak dan melakukan aksi tidak senonoh itu di tempat lebih mudah dilihat iaitu dengan duduk bersandar di antara lantai konkrit dan batu pemecah ombak kerana sudut berkenaan juga terlindung dan gelap. 

"Ada individu pernah menemui kondom dalam tandas masjid sehingga pihak pengurusan masjid terpaksa mengunci pagar selepas lewat malam bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

"Segelintir nelayan di sini juga mengadu pernah melihat pasangan remaja terbabit keluar daripada botnya di jeti berkenaan pada awal pagi dan tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu selepas menyedari kehadiran kami," katanya.

Seorang lagi nelayan yang enggan namanya disiarkan, mendakwa lokasi itu menjadi pilihan segelintir pasangan remaja melakukan maksiat sejak taman rekreasi itu dalam pembinaan lagi dan kebanyakan mereka dipercayai orang luar.

"Kami tidak berani menegur tindakan mereka itu kerana bimbang golongan berkenaan akan membuat khianat terhadap peralatan menangkap ikan atau bot yang ditinggalkan di kawasan jeti memandangkan sebahagian mereka datang secara berkumpulan sebelum berpecah dengan pasangan masing-masing. 

"Tambahan pula kebanyakan nelayan di sini juga bukan orang tempatan,” katanya yang berasal dari Kelantan. Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa segera menangani perkara itu bagi mengelak taman rekreasi itu terus menjadi tumpuan maksiat.  - BHOnline

Pemuda terbabit nahas maut guru wanita direman seminggu

  GURU dari SM  Putera  Kota Bharu tidak dapat menahan sedih ketika menziarahi jenazah  Junaidah, semalam.
GURU dari SM Putera Kota Bharu tidak dapat menahan sedih ketika menziarahi jenazah Junaidah (foto kecil)

KOTA BHARU: Seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan reman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian kemalangan maut membabitkan seorang guru wanita, Junaidah Mohd Nor, 44, di Kampung Tunjong, di sini, 11 Julai lalu.

Pemuda yang memandu van ketika kemalangan itu ditahan polis pada hari lahir ke-44 guru berkenaan, kelmarin. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rozita Md Saad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kasih seorang ibu tiada tandingannya apabila seorang guru yang dalam keadaan tersepit dan nazak dalam sebuah kereta sempat menggunakan sisa kudratnya memberi isyarat kepada empat anaknya keluar dari kereta, sebelum dia meninggal dunia.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Junaidah yang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera bagi menghantar empat anaknya ke sekolah, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Seorang anak mangsa Natasha Juliana Mohd Nawi, 10, patah kaki dan tangan manakala tiga lagi, Nurul Julia Mohd Nawi, 17; Nabila Jasmi, 15, dan Nur Jaihan Afilin, 13, cedera ringan.

Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu bertembung dengan van yang gagal dikawal akibat cuba memotong kenderaan lain.

Sebelum bertembung dengan kereta mangsa, van itu berlanggar dengan Perodua Kancil dan dua motosikal. Pemandu van itu menghilangkan diri selepas kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata, suspek ditahan kira-kira jam 3.30 petang di rumah keluarganya di Kampung Sungai Budur selepas seminggu menghilangkan diri.

Katanya, suspek ketika ditahan berada dalam rumah bersama ibu bapanya.

“Siasatan mendapati suspek melarikan diri sejurus kejadian kerana bimbang ditahan memandu tanpa lesen.

“Siasatan pihak kami mendapati suspek balik ke rumah secara kebetulan dan kami yang mendapat maklumat daripada orang ramai segera membuat intipan dan mengesan lokasi suspek. Ketika tangkapan dilakukan suspek gagal melepaskan diri kerana menyedari kawasan di sekeliling rumahnya sudah dikepung,” katanya.

Azham berkata, siasatan lanjut dijalankan mendapati, suspek tidak mempunyai pekerjaan dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian air kencing dijalankan ke atasnya.

Katanya, polis percaya kes kemalangan membabitkan lima kenderaan dekat Kampung Tunjong itu dapat diselesaikan dengan penahanan suspek.

Sementara itu, penahanan suspek dilakukan tidak sampai satu setengah jam selepas suami guru terbabit, Mohd Nawi Deraman, 45, ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk mengetahui perkembangan kes membabitkan kemalangan itu. - myMetro

Bongkar rahsia suami durjana

AMPANG: Bapa setan. Itulah yang layak digelar kepada seorang lelaki berusia 42 tahun apabila sanggup merogol anak kandungnya berusia lapan tahun.

Difahamkan, lelaki durjana itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuknya sejak setahun lalu sebelum dia melarikan diri selepas perbuatannya diketahui isterinya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, ibu mangsa berusia 29 tahun turut dipukul di kepala oleh suaminya akibat bertanyakan mengenai perbuatan terkutuk dilakukan kepada anak perempuan mereka.

Wanita terbabit yang kesal dengan tindakan suaminya membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.

Menurut sumber, kejadian itu terbongkar apabila si isteri terjaga dari tidur dan mendengar tangisan anak perempuannya yang ditidurkan di ruang tamu rumah mereka di Kampung Pasir, di sini.

“Pada mulanya dia menyangka kanak-kanak itu menangis kerana mahukan susu. Dia yang keluar dari bilik melihat suaminya di sebelah anaknya sebelum ke dapur menyediakan susu.

“Sebaik selesai memberikan susu, wanita itu terkejut dan hairan melihat ada kesan seolah-olah minyak pada kemaluan anaknya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa sebelum dia melihat kesan sama di kemaluan anaknya beberapa hari kemudian.

“Suatu hari, si ibu yang tidak sedap hati bertanyakan kepada kanak-kanak itu berhubung perbuatan bapanya dan kanak-kanak terbabit menceritakan apa berlaku.Terkejut mendengar pengakuan anaknya, wanita terbabit bertanya pula kepada suaminya menyebabkan lelaki itu naik berang.

“Suspek memukul kepala isterinya selain memaki hamun wanita itu disebabkan perbuatan keji dilakukan selama ini terbongkar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, suspek masih diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - myMetro

Related Posts with Thumbnails

heratBeat