aDs

aluan

Followers

Sunday, November 28, 2010

Penumpang diraba kerana pelapik seluar dalam

SEORANG wanita menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di AS

NEW YORK – Seorang penumpang wanita mendakwa dia trauma selepas tangan-tangan kasar beberapa pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) meraba bahagian sulitnya ketika menjalani pemeriksaan badan di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Peraturan di AS yang dikuatkuasakan oleh TSA mewajibkan setiap penumpang menjalani pemeriksaan mesin imbasan sinar-X yang ‘membogelkan’ mereka bagi mengesan senjata dan bahan letupan tersembunyi sebelum dibenarkan menaiki pesawat.
Wanita itu yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, dia diarah menjalani pemeriksaan badan setelah mesin pengimbas sinar-X di lapangan terbang berkenaan mengesan pelapik seluar dalam yang dipakainya sebagai mencurigakan baru-baru ini.
“Saya menangis selepas itu kerana ia mengembalikan memori tragis serangan seks yang berlaku ke atas diri saya beberapa tahun lalu,” katan wanita itu. – Agensi (Kosmo)

Saturday, November 27, 2010

Susahnya berurusan dengan JPN



Kalau ikut akal, sebenarnya benda ni boleh "settle"...tapi dek kerenah birokrasi....yg mudah jadi susah.


Dah sah2 bapa dia warganegara Malaysia...cuma kelahiran adik Shahida Othman di Thailand, apa salahnya keluarkan myKad... permohonan utk myKad berlarutan selama 5 thn, masyaAllah.... bukannya 1 thn....ini yg dikatakan cekap....


Dia dah menetap di Wang Kelian selama 22 tahun, bersekolah pun di sana, takkan x ada kelonggaran dlm memproses permohonan dia....


Nampaknya hasrat nak mendirikan rumahtangga tertangguh la gi la dik....dah masuk kali ke 3 ni...kalau x silap aku membacanya....kesian..... berserah lah pada takdir dik.... usaha sudah...berdoa la agar dibuka pintu hati pegawai2 JPN utk bertimbang rasa.....


Thursday, November 25, 2010

Restoran Vegetarian Penipu

Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Shahrulnizam Abu Bakar (kanan) bersama Mohd. Sukri Mohamad (kiri) melihat barang yang digunakan oleh sebuah restoran semasa operasi di Petaling Jaya, kelmarin

Bagi yg gemar sangat nak melantak kat restoran yg kononnya esklusif....vegetarian lagi...terutamanya di restoran ini yg terletak di Jalan 8/1E di PJ....hah...rasakan, dah kena tipu....

Pemilik dia dah sah2 bukan Islam, guna pula logo HALAL yg palsu dgn pekerjanya rata2 bukan Islam....hah! apa cer.... Nasib baik la anak tekak aku ni x boleh nak terima makanan vegetarian....tambah2 pula kalau yg masak tu bukan Melayu Islam....payah sikit nak telan....

Semalam, pukul 11 pagi pihak Jakim dari Bahagian Hub Halal dgn kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah menyerbu restoran ini yg difahamkan suka dikunjungi oleh org islam terutamanya waktu "lunch hour".

Cerita selanjutnya boleh la dibaca di sini.


Wednesday, November 24, 2010

Cari sejadah

SEREMBAN: Beberapa premis sekitar Nilai 3, dekat sini, diserbu Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengesan kewujudan sejadah yang mempunyai corak seolah-olah muka dan kepala babi, semalam.

Operasi berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Negeri Sembilan dan Melaka dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) bermula kira-kira jam 11 pagi.

Hasil pemeriksaan hampir lima jam itu tidak menemui sebarang sejadah yang mencurigakan kerana berkemungkinan ia tidak lagi berada di pasaran kawasan terbabit. Ketua Seksyen Operasi Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Putrajaya, Mohamad Hashim Kamaruddin, berkata operasi berkenaan bertujuan memeriksa sekiranya ada penjualan sejadah bercorak babi seperti aduan.

“Pemeriksaan dijalankan mengikut Seksyen 18 (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan kita (KDN) berhak menyita atau merampas barangan berkenaan sekiranya ia ditemui.

“Kami akan melakukan kajian dan semakan mengenai perkara itu. Seandainya dikenakan Perintah Larangan, tindakan akan dikenakan terhadap penjual dan pengedar barangan berkenaan mengikut Seksyen 8 (2) akta sama.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini. 

Menurut Mohamad Hashim, walaupun tidak menemui sebarang sejadah bercorak babi dalam operasi itu, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan susulan di kawasan berkenaan.

 “Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sejadah berkenaan diminta menghubungi Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Putrajaya di talian 03- 88868420 atau datang ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.

Muka depan Harian Metro, semalam melaporkan niat anak saudara seorang wanita untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi.

Sejadah merah itu dibeli wanita berusia 50-an berkenaan di sebuah kedai menjual permaidani dan sejadah di daerah ini yang dijual secara lelong, kira-kira enam bulan lalu.

Tuesday, November 23, 2010

Sejadah corak babi

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu. 

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang. - myMetro

Monday, November 22, 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

image



aku ni baru x berapa baru la dlm dunia blogging ni
follower pun x ramai....
terjumpa lak blog ben ni...
follower dia ramai....
jadi dgn wajah yg x berapa nak malu ni...
aku nak join en ben....

jadi buat kengkawan kat luar sana yg nak ikut
meh...klik kat SINI
sonang ajo....

Sunday, November 21, 2010

Bomoh 18 tahun puja kubur di Tumpat?

TUMPAT 20 Nov. - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) digesa bertindak segera ke atas seorang lelaki dan bomoh berusia 18 tahun yang dikatakan menggunakan sebuah kubur sebagai tempat pemujaan.

Kedua-duanya difahamkan membina sebuah pondok berwarna kuning sepanjang tiga meter dan lebar dua meter dengan berlantaikan mozek serta beratap daun nipah sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk kampung.

Seorang mangsa bomoh itu, Che Roslina Che Othman, 42, mendakwa, dia telah membuat enam laporan polis di Kelantan termasuk satu di Terengganu terhadap bomoh berkenaan namun tiada sebarang tindakan diambil.

Che Roslina juga mendakwa kerugian melebihi RM5,000 kerana terlalu taksub terhadap bomoh yang memakai nama 'Yang Mulia Tengku Mohd. Faris' itu.

"Saya telah diperkenalkan dengan bomoh itu melalui seorang kawan selepas kami sekeluarga mengalami sakit misteri, semasa berubat saya melihat sendiri dia pergi ke kubur itu untuk memuja.

"Dia membuat pelbagai permintaan tetapi saya bernasib baik kerana sebuah rumah, kereta dan geran tanah yang diberikan kepada bomoh berkenaan dapat diambil kembali baru-baru ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di tanah perkuburan itu mendapati dua payung berwarna kuning dipasang di atas kubur yang ditabur dengan pelbagai jenis bunga, selain terdapat sebentuk cincin dan tasbih bersaiz besar di atas kubur berkenaan.
Kesemua peralatan itu dipercayai digunakan untuk aktiviti pemujaan.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Su, 70, berkata, dia pernah melarang lelaki terbabit daripada membina pondok tersebut bagaimanapun tidak diendahkan.

"Mereka cuma memberi alasan bahawa pondok ini dibina untuk mengindahkan kubur itu tetapi bagi saya ia bercanggah dengan ajaran Islam kerana saya pernah melihat bomoh ini membawa beberapa pesakit ke kubur tersebut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEAIK, Mohd. Ab. Aziz Mohd. Nor berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut memandangkan kegiatan itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau akan menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara tersebut untuk tindakan lanjut.

"JHEAIK belum menerima laporan mengenai dakwaan kegiatan pemujaan kubur itu. Insya-Allah saya akan menghubungi Pejabat Agama Daerah Tumpat esok untuk mengetahui perkembangan aktiviti berkenaan.

"Jika siasatan mendapati bahawa wujudnya unsur-unsur pemujaan kita boleh merampas bahan yang berkaitan dan kedua-dua lelaki ini boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya. - Utusan Malaysia

Related Posts with Thumbnails

heratBeat