aDs

aluan

Followers

Thursday, October 21, 2010

Johor FC miliki kelebihan

Pemain Negeri Sembilan, Muhd. Shukor Adan (kanan) mengasak penjaga gol Johor FC, Mohd. Anis Faron pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Paroi, semalam

SEREMBAN – Jaringan tunggal pemain gantian, Mohd. Ezaidy Khadar pada minit ke-89 memastikan pasukan bertaraf kelab, Johor FC mengejutkan penyandang juara, Negeri Sembilan 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.


Berpunca daripada hantaran Mohd. Rashid Aya di luar kotak penalti, Ezaidy berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Negeri Sembilan, sebelum pantas menyambar hantaran tersebut.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani, yang cuba meluru bagi menyelamatkan keadaan gagal berbuat apa-apa, apabila tolakan Ezaidy berjaya melepasi kawalannya bagi memberikan gol kemenangan buat Johor FC.

Perlawanan berlangsung cukup rancak dengan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan, namun dihampakan dengan penyudah yang lemah.

Negeri Sembilan terlebih dahulu memberikan amaran awal melalui percubaan pertama pada minit keempat, menerusi hantaran Abdul Halim Zainal di dalam kotak penalti. Namun, Shahurain Abu Samah gagal menyambar peluang terhidang, walaupun hanya perlu menguis bola ke dalam gawang pasukan pelawat.

Pada minit ke-11, giliran Johor FC pula menguji kubu Negeri Sembilan, hasil percubaan Mohd. Khairul Ismail dari jarak 30 meter, yang berjaya ditepis keluar oleh Sani.

Para penyokong Hobin Jang Hobin, hampir bergembira pada minit ke-14, apabila menyangka tandu kan Mohd. Aidil Zafuan, yang berpunca daripada sepakan sudut tepat menuju ke dalam gawang Johor FC, namun Khairul Ismail menjadi penyelamat apabila menanduk bola keluar di atas garisan gol.

Namun, Johor FC tidak mahu mengalah dan kali ini giliran mereka mengaturkan serangan dan hasilnya mereka memperoleh peluang yang disia-siakan Mohd. Rashid Aya, selepas tandukannya tersasar ke arah kanan pintu gol Negeri Sembilan pada minit ke-21.

Tiga minit kemudian, Sani menjadi penyelamat Negeri Sembilan yang berjaya menepis keluar percubaan jarak dekat, sekali lagi oleh Mohd. Rashid. -Utusan Malaysia online

Aduhai!.....ngapa ni jang.... X pa....kita cuba lagi......ok......

Tuesday, October 19, 2010

Intip 5 artis maksiat

PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi ‘senarai keutamaan’ individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.


Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.

“Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.

“Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais,” katanya.

Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya.

Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.

“Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis,” katanya.

Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat.

Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.

“Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.

“Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka,” katanya.

Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama.-myMetro, 19.10.10

Walaupun di mana ceruk kamu berada....ingat Allah swt maha melihat..... lepas dari hukum dunia.... akhirat menanti....INGAT TU..... jgn ingat kamu artis kamu boleh lepas.... lambat laun terdedah jugak...... Macam ni nya perangai nak jadi idola.....lupakan aje......

Friday, October 8, 2010

NS usah dabik dada

SELEPAS mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia, pemain Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak terlalu cepat mendabik dada di atas kejayaan pasukan layak ke saingan lapan pasukan itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri kerana saingan peringkat kalah mati itu nanti lebih mencabar dan berliku.


Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, berkata perjuangan pasukan itu masih jauh dan memerlukan komitmen tinggi daripada setiap pemain dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

Aku sokong penuh kata2 Wan Jamak....jangan kecewakan kami penyokong anda. Bak kata orang jangan over confident.... nanti putih mata.......

Schumi diberi kata dua

Pasukan Formula Satu Mercedes memberi kata dua kepada juara dunia tujuh kali Michael Schumacher supaya meningkatkan prestasi musim depan atau kontraknya terpaksa ditamatkan lebih awal, mengikut laporan yang dikeluarkan semalam.


Pemandu berusia 41 tahun itu yang menjuarai gelaran dunia terakhir pada 2004 kembali ke kancah perlumbaan selepas bersara bersama pasukan Jerman, Mercedes musim ini dan menduduki tangga ke-10 dalam senarai Kejuaraan Pemandu Dunia (WDC).

Tanpa menamakan sumber maklumat itu, akhbar harian Bild melaporkan, Schumacher diberi kata dua untuk memperbaiki pencapaiannya pada 2011 atau kontrak tiga tahunnya yang dianggarkan berjumlah 63 juta euro (RM272 juta) terpaksa ditamatkan lebih awal selepas dua tahun.

Meskipun memiliki reputasi menjuarai 91 perlumbaan Grand Prix sepanjang kariernya, kesabaran Mercedes kini sampai ke kemuncaknya apabila Schumacher kini di belakang rakan sepasukannya Nico Rosberg, 25, di tangga ketujuh dalam senarai WDC.

Sejak kembali beraksi dalam saingan Formula Satu, “Schumi” gagal menamatkan perlumbaan di tempat keempat terbaik musim ini selain Grand Prix Barcelona dan Istanbul. Kontraknya dengan Mercedes tamat pada 2013.

Ketua pasukan, Ross Brawn berkata, beliau gembira dengan peningkatan Rosberg namun menuntut aksi lebih cemerlang daripada Schumacher.

“Saya gembira dengan Nico. Sekarang kami menjangkakan peningkatan daripada Schumacher yang masih belum mempamerkan kehebatan sebenarnya,” kata Brawn kepada Bild.

Aku minat ngan pelumba veteran ini dan aku rasa dah tiba masanya beliau bersara sebab ramai pemandu2 F1 yang berkaliber sekarang ini. Jangan malukan diri sendiri.....lebih baik berundur sekarang dari terus kena hentam ngan peminat. Artikel ini aku dapat dari myMetro.

Tuesday, October 5, 2010

Diri sendiri wajar jadi contoh


KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.

Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah.

Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.

Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya.

Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.

Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.

Takzirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ini akan kujadikan panduan dalam membentuk peribadi sendiri dan keluarga. Marilah kita renung-renungkan....selamat beramal......

Sunday, October 3, 2010

MENITI HARI KEMATIAN

Ya....ALLAH aku tak layak ke syurga firdausimu........tapi kau yg maha pemurah lagi maha mengasihani dan maha pengampunan....ampunkanlah segala dosa2 ku ya ALLAH......dan dosa muslimin dan musliman samaada yg masih hidup atau yg telah meniggal dunia......amin...


Friday, October 1, 2010

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Saya tertarik benar dgn khutbah Jumaat di Balai Islam, Flet Pekeliling pd 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat utk kaum hawa.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? Ini adalah kerana Allah telah jadikan kaum hawa ini makhluk paling indah dipandang mata, dan sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata yg memandang.

Alhamdulillah....ramai wanita Islam kini memakai tudung, tapi kebanyakannya x menepati syariat, contohnya:-

  1. Ada yang pakai tudung singkat, hujungnya diikat ke belakang atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
  2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang dgn alur bontotnya jelas  kelihatan ataupun jeans yg sendat hingga punggung terbelah dua. Sedikit pun x rasa malu...
  3. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya sendat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
  4. Ramai yg bertudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
  5. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
  6. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan kaum hawa tidak memahaminya kerana wanita dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Untuk selamat dunia akhirat, kita wajib menjaga aurat masing-masing baik wanita mahupun lelaki. Kita kembali pada al-Quran dan hadis dan hayatinya agar kita sentiasa dlm rahmatNYA. Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali kerana melalui satu kajian yg dijalankan oleh para ilmuan mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini kejadian semula jadi yg bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Pada kaum suami mahupun bapa, perbetulkan dlm rumahtangga kita dulu sebelum membetulkan orang lain. Jangan jadi lelaki dayus hingga hendak menegur isteri sendiri pun x mampu, malah berbangga dgn kecantikan isteri atau anak utk dipertontonkan pd umum. Pepatah kata hendak seribu daya, x hendak seribu dalih..

Saya ni pun bukanlah pandai sangat...tapi sekadar mengingati diri sendiri. Wallahua'lam.
Related Posts with Thumbnails

heratBeat