aDs

aluan

Followers

Friday, October 8, 2010

Schumi diberi kata dua

Pasukan Formula Satu Mercedes memberi kata dua kepada juara dunia tujuh kali Michael Schumacher supaya meningkatkan prestasi musim depan atau kontraknya terpaksa ditamatkan lebih awal, mengikut laporan yang dikeluarkan semalam.


Pemandu berusia 41 tahun itu yang menjuarai gelaran dunia terakhir pada 2004 kembali ke kancah perlumbaan selepas bersara bersama pasukan Jerman, Mercedes musim ini dan menduduki tangga ke-10 dalam senarai Kejuaraan Pemandu Dunia (WDC).

Tanpa menamakan sumber maklumat itu, akhbar harian Bild melaporkan, Schumacher diberi kata dua untuk memperbaiki pencapaiannya pada 2011 atau kontrak tiga tahunnya yang dianggarkan berjumlah 63 juta euro (RM272 juta) terpaksa ditamatkan lebih awal selepas dua tahun.

Meskipun memiliki reputasi menjuarai 91 perlumbaan Grand Prix sepanjang kariernya, kesabaran Mercedes kini sampai ke kemuncaknya apabila Schumacher kini di belakang rakan sepasukannya Nico Rosberg, 25, di tangga ketujuh dalam senarai WDC.

Sejak kembali beraksi dalam saingan Formula Satu, “Schumi” gagal menamatkan perlumbaan di tempat keempat terbaik musim ini selain Grand Prix Barcelona dan Istanbul. Kontraknya dengan Mercedes tamat pada 2013.

Ketua pasukan, Ross Brawn berkata, beliau gembira dengan peningkatan Rosberg namun menuntut aksi lebih cemerlang daripada Schumacher.

“Saya gembira dengan Nico. Sekarang kami menjangkakan peningkatan daripada Schumacher yang masih belum mempamerkan kehebatan sebenarnya,” kata Brawn kepada Bild.

Aku minat ngan pelumba veteran ini dan aku rasa dah tiba masanya beliau bersara sebab ramai pemandu2 F1 yang berkaliber sekarang ini. Jangan malukan diri sendiri.....lebih baik berundur sekarang dari terus kena hentam ngan peminat. Artikel ini aku dapat dari myMetro.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat