aDs

aluan

Followers

Friday, April 22, 2011

Dua cedera parah pemandu mabuk lawan arus


KUALA LUMPUR 21 April - Seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol bertindak memandu keretanya berlawan arus kira-kira satu kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, berdekatan persimpangan masuk ke Astro di Sungai Besi awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu mengakibatkan pemandu kereta jenis Proton Wira yang dipercayai mabuk itu serta pemandu kereta jenis Proton Iswara yang bertembung dengannya cedera parah.

Pemandu Iswara itu yang tersepit di tempat duduk, terpaksa dikeluarkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat.

Difahamkan, ketika kejadian, selain mangsa, terdapat dua penumpang di dalam kereta Iswara itu namun mereka hanya mengalami cedera ringan.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, dia ternampak sebuah kereta dipandu berlawanan arus dari arah Desa Petaling menghala ke plaza tol Sungai Besi.

"Selepas itu saya nampak beberapa buah kenderaan yang baru melepasi plaza tol cuba mengelak kenderaan yang dipandu menentang arus itu.

"Bagaimanapun, sebuah kereta Iswara gagal mengelak menyebabkan kedua-dua (kenderaan) bertembung dari arah berhadapan," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

heratBeat